Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pengurusan Sumber Manusia

March 13, 2023 - March 14, 2023

PENGENALAN

Pengurusan sumber manusia adalah sesuatu yang penting dan perlu di lakukan dengan baik, sempurna dan beretika oleh mana-mana organisasi tidak kira organisasi itu kecil ataupun besar. Pekerja atau sumber manusia adalah aset utama sesebuah organisasi, justeru itu ianya hendaklah di jaga, di bangun, di selia dan di wujudkan peluang kerjaya untuk mengekalkan mereka agar organisasi akan membangun dan berkembang selaras dengan visi, misi dan objektif organisasi. Persaingan sengit di era globalisasi, kecanggihan teknologi, ekonomi digital, revolusi perindustrian 4.0  dan peningkatan kehendak manusia yang menjangkaui kemampuan organisasi untuk memenuhinya, ini menjadikan lebih pentingnya pengurusan sumber manusia kepada setiap organisasi. Kursus dua hari ini akan mengupas secara terperinci tentang pengurusan sumber manusia yang terkini.

 

OBJEKTIF 

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

  1. Mengetahui persekitaran, erti dan konsep pengurusan sumber manusia;
  2. Melaksanakan perancangan sumber manusia, pengambilan pekerja dan perancangan kerjaya pekerja;
  3. Membangunkan program latihan dan pembangunan pekerja yang sistematik, bersepadu dan berkesan;
  4. Memahami asas-asas utama di dalam pengurusan gaji;
  5. Mengujudkan sistem penilaian prestasi yang sesuai dan melaksanakannya untuk tujuan produktiviti yang tinggi;
  6. Mengadakan pengurusan pampasan dan ganjaran pekerja yang kompetitif yang mengimbangi antara kemampuan organisasi dan norma-norma pasaran;
  7. Mengendalikan tindakan disiplin terhadap pekerja dengan berkesan;
  8. Menghasilkan suasana kerja yang kondusif dan perhubungan perusahaan yang harmoni.

  

ISI KANDUNGAN KURSUS

  1. PERSEKITARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
  • Konsep pengurusan sumber manusia
  • Ciri-ciri pengurusan sumber manusia
  • Faktor faktor yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia.
  • Cabaran yang di hadapi di dalam pengurusan sumber manusia pada era pasca Covid-19
  1. PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
  • Pengenalan perancangan sumber manusia
  • Langkah-langkah dalam perancangan sumber manusia
  • Elemen-elemen dalam perancangan sumber manusia
  • Perekrutan dan pemilihan pekerja
  • Analisis kerja, deskripsi kerja dan spesifikasi kerja
  • Temuduga
  • Tawaran kerja
  1. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PEKERJA
  • Analisis keperluan latihan
  • Kepentingan latihan
  • Jenis-jenis latihan
  • Program latihan orientasi
  • Strategi program pembangunan latihan
  • Mengurus Pembangunan kerjaya pekerja
  1. PENILAIAN PRESTASI
  • Definasi dan tujuan
  • Aspek-aspek yang perlu di nilai
  • Kaedah penilaian prestasi
  • Temuduga penilaian prestasi
  • Peningkatan keberkesanan penilaian prestasi.
  1. PENGURUSAN GAJI
  • Definisi
  • Syarat-syarat pembayaran gaji
  • Pendahuluan Gaji
  • Potongan gaji
  • Kerja lebih masa
  1. PENGURUSAN PAMPASAN DAN FAEDAH
  • Faktor-faktor yang perlu di ambil kira di dalam penentuan pampasan
  • Kepentingan pampasan
  • Sistem ganjaran, ganjaran kewangan, ganjaran bukan kewangan
  • Sistem faedah fleksi.
  1. DISIPLIN PEKERJA & PENGURUSAN PEKERJA MENGIKUT PSYCHOLOGY YANG PRAKTIKAL (Neuro Linguistic Programming, Neuro-Semantics dan Neuro Synergy)
  • Erti disiplin
  • Hak Majikan didalam disiplin
  • Tatacara Keharmonian Perusahaan
  • Salahlaku kecil dan salahlaku besar
  • Prosedur disiplin
  • Psychology Pekerja
  • Teknik yang praktikal dan berkesan di dalam mengurus manusia

 

  1. PERHUBUNGAN INDUSTRI
  • Kesatuan sekerja
  • Kilanan / rungutan pekerja
  • Undang-undang perhubungan perusahaan
  • Perundingan dan perjanjian bersama
  • Tindakan perusahaan

 

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Terbuka kepada pegawai-pegawai dan kakitangan Bahagian Sumber Manusia / Pentadbiran dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan pengurusan sumber manusia

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Fauzi NordinAhmad Dan Setafa

Haniza Abdul Hamid

Details

Start:
March 13, 2023
End:
March 14, 2023

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder