PENGENALAN
Kursus ini bertujuan bagi membantu mempertingkatkan personaliti dan kemahiran diri sebagai seorang pemandu kenderaan. Kemahiran pemanduan dan undang-undang jalanraya akan menjadikan mereka seorang pemandu yang profesional, beretika dan boleh berkomunikasi secara profesional. Pendedahan kepada aspek teknikal asas kepada sesebuah kenderaan boleh membantu mereka memahami teknik pengawalan kenderaan dengan lebih sempurna dan selamat. Kaedah pemanduan kenderaan pacuan 2 roda dan pacuan 4 roda adalah berbeza dan perlu diberikan latihan yang sewajarnya, bagi mendapatkan kemahiran yang sesuai bagi jenis kenderaan yang dipandu. Kursus selama 2 hari itu akan dikendalikan secara latihan menyeluruh yang melibatkan aspek latihan secara teori di dalam dewan kuliah dan latihan amali dilapangan. Komposisi masa latihan secara 50/50 – akan digunakan bagi mengoptimakan latihan agar ianya dapat memberi faedah terbaik kepada peserta.
OBJEKTIF KURSUS
Untuk memberikan pendedahan kepada pemandu kenderaan mengenai kaedah mengurus dan mengendalikan kenderaan syarikat. Selepas kursus ini adalah diharapkan mereka akan:-
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1 :PROFESIONALISMA PEMANDU KENDERAAN
Sesi 1:Membentuk sikap pemandu profesional
Sesi 2:Kemahiran pengendalian kenderaan
MODUL 2 :IMEJ DAN PERSEPSI ORGANISASI
Sesi 3:Komunikasi interaktif
Sesi 4:Imej Majikan dan Organisasi
MODUL 3 :KEMAHIRAN TEKNIKAL
Sesi 5 :Aspek teknikal bahagian luaran kenderaan
Sesi 6 :Komponen enjin dan kaedah penjagaan
MODUL 4:LATIHAN KAWALAN KENDERAAN
Sesi 7 :Latihan kawalan pemanduan yang betul
Sesi 8 :Kawalan dan tindakan mengawal kenderaan dalam kecemasan
MODUL 5:MODUL PENGURUSAN ASAS
Sesi 9 :Pengurusan Buku Log Kenderaan
SIAPA YANG PATUT HADIR
Terbuka kepada semua pemandu-pemandu jabatan dan juga pegawai pengawal dariBahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.
FEES
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
PENCERAMAH (TRAINER)
Tuan Hj Jalaluddin M.Noor
Azad Jasmi
Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com