PENGENALAN
Seorang Pembantu Tadbir adalah seorang ahli organisasi yang sangat penting. Ini adalah kerana tanpa sokongan yang padu daripada para Pembantu Tadbir, perjalanan organisasi tidak akan dapat berjalan dengan lancar.
Pejabat adalah merupakan nadi sesebuah organisasi – di mana semua aktiviti perniagaan bermula dan tertumpu. Keberkesanan sistem pentadbiraan akan hanya tercapai jika para Pembantu Tadbir memahami dan mengamalkan prinsip-prinsip kualiti dan pembangunan diri secara berterusan.
Modul ini telah disusun untuk memberi pendedahan kepada para Pembantu Tadbir tentang konsep kualiti dan pembangunan diri – serta melihat kepada pekerjaan mereka daripada perspektif yang lebih luas. Dengan pendedahan ini mereka akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk memperbaiki kualiti proses kerja mereka untuk menyumbang kepada keberkesanan dan kecekapan aktiviti-aktiviti organisasi.
OBJEKTIF KURSUS
Setelah mengikuti modul ini, para peserta akan dapat:
- Menjalankan tugas seharian dengan lebih kompeten dan berobjektif selaras dengan visi dan misi syarikat
- Merancang tugas harian secara lebih sistematik dan menggunakan sumber dengan cekap dan berkesan
- Mengaplikasi konsep dan prinsip-prinsip kualiti di dalam setiap aktiviti kerja
- Melaksanakan tanggungjawab terhadap organisasi dengan penuh komitmen sesuai dengan tuntutan dan cabaran kini
- Meningkatkan keberkesanan komunikasi dengan pelanggan dalaman dan luaran serta mengamalkan prinsip kualiti di dalam setiap aktiviti yang dilakukan di tempat kerja
- Bekerja sebagai satu pasukan dalam mencapai matlamat organisasi
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1 : SAYA DAN ORGANISASI
- Visi dan misi organisasi
- 4 komponen organisasi
- Berfikir secara “sistem”
- Tugas dan tanggungjawab anggota organisasi
- Peranan pejabat dan kepentingannya
MODUL 2 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB STAFF KUMPULAN SOKONGAN
- Peranan Pembantu Tadbir dan Staf Kumpulan Sokongan
- Tugas dan tanggungjawab Pembantu Tadbir dan staf Perkeranian
- Bidang kerja utama (KRA) dan indeks prestasi utama (KPI)
MODUL 3 : KEPERLUAN MENINGKATKAN DIRI
- Mengurus Diri : “INDEPENDENCE”
- Visi peribadi saya – Matlamat Hidup 6K
- Esteem diri
- Mengenali Gaya Peribadi saya : Directive-Analytical-Conceptual-Behavioural
- Sikap positif di tempat kerja
- Imej diri dan etika kerja
MODUL 4 : MERANCANG KERJA DAN MERANCANG SUMBER
- Menetapkan matlamat : Prinsip S-M-A-R-T
- Perancangan sumber
- Teknik pengurusan masa yang berkesan
- Mengamalkan Budaya “5S” di pejabat
MODUL 5 : KONSEP KUALITI DAN PELANGGAN
- Apa erti kualiti dan perkhidmatan berkualiti?
- “Setiap kerja adalah satu proses”
- Hubungan pelanggan dalaman dan luaran dari perspektif kualiti
- Peranan saya di dalam pencapaian kualiti organisasi
- Peningkatan kualiti dan produktiviti kerja
MODULL 6 : MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMUNIKASI
- Komunikasi adalah satu proses
- Jenis-jenis komunikasi di dalam organisasi
- Komunikasi lisan dan tanpa lisan
- Komunikasi interpersonal dan di dalam kumpulan
- Gaya komunikasi Agresif-Pasif-Asertif
- Kemahiran mendengar secara empatik
MODUL 7 : BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN
- Memimpin Pasukan : “INTER-DEPENDENCE”
- Maksud pasukan
- “The three-piece jigsaw”
- Membina matlamat pasukan
- Faktor-faktor kejayaan pasukan
SIAPA YANG PATUT HADIR
Terbuka kepada semua Pembantu Tadbir , Kerani dan kakitangan sokongan yang lain dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat
FEES
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
PENCERAMAH (TRAINER)
Mae Hashim atau
Mazdurah Mohd Zin