PENGENALAN
Setiap seorang pekerja baik sektor awam atau swasta akan menempuh saat persaraan ketika mencecah usia yang berkenaan. Pada saat ini setiap individu mempunyai dilemma untuk menghadapi hidup menempuh alam yang baru yang tentunya berbeza dari alam sebelumnya. Persediaan haruslah dilakukan dari mental dan fizikal dalam usaha membina corak kehidupan selepas persaraan. Kursus pra-persaraan ini direka khusus untuk membimbing para peserta menghadapi dunia baru yang tentunya berbeza dari dunia yang dilalui sebelumnya.
OBJEKTIF
Kursus pra-persaraan ini mempunyai objektif sebagaimana berikut:-
- Memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap perkhidmatan cemerlang seseorang anggota yang telah dicurahkan kepada majikan dengan penuh taat setia, dedikasi dan amanah
- Memberi maklum jaminan saraan hidup kepada anggota-anggota setelah mereka bersara dari perkhidmatan memberi kefahaman mengenai kaedah persediaan penjagaan kesihatan, mental dan fizikal
- Memberi pengetahuan dan kemahiran dalam mengendali pengurusan pencen
- Memberi kefahaman Jenis-jenis persaraan
- Melaksanakan Urusan Pra-Persaraan (Pemberian Taraf Berpencen, Percantuman Perkhidmatan Lepas, Penyediaan Maklumat Asas Bakal Pesara)
- Mematuhi Undang-undang dan peraturan-peraturan pencen bagi mengelakkan penyelewengan dalam urusan pembayarannya
- Mengutara dan membincangkan kes-kes pencen yang rumit serta persoalan yang timbul dari semasa ke semasa
- Memupuk sikap positif semasa menjalankan tugas harian.
- Pengurusan kewangan diri – skim pencen, EPF, simpanan, insuran, ASB, ASN.
- Memahami risiko dan pulangan dari pelaburan
- Menjalankan aktiviti kesukarelaan semasa pencen dan menjadi resource person
KANDUNGAN KURSUS
SESI 1 : PERSEDIAAN PERSARAAN
Unit 1-
- Definisi persaraan – Adakah ianya satu penamat atau satu permulaan
- Keupayaan minda dalam mengolah strategi persaraan
- Langkah-langkah bijak dalam persediaan persaraan
- Faedah-faedah persaraan
- Teori kebarangkalian dalam aplikasi perancangan persaraan
Unit 2-
- Penjagaan kesihatan – penyakit –penyakit dalam dunia persaraan
- Makanan dan keseimbangan kesihatan
- Merancang pengurusan sumber kewangan
- Merancang aktiviti selepas bersara
- Penyusunan failing dan dokumen diri
SESI 2 : PENGURUSAN SKIM PENCEN
Unit 3-
- Jenis-jenis persaraan
- Anda dan skim pencen
- Kefahaman mengenai skim pencen dan dunia persaraan
Unit 4-
- Definisi pencen, tujuan, pengiraan pencen, faedah-faedah skim pencen, dan sebagainya
- Perhitungan Faedah Persaraan dan Gantian Cuti Rehat, pencen terbitan, pilihan dan sebagainya.
- Kajian kes
SESI 3 : KEUSAHAWANAN
Unit 5-
- Definisi Usahawan
- SWOT Analisis ~ Menilai Kompetensi diri menjadi usahawan
Unit 6-
- Mengenal Pasti Peluang Keusahawanan
- Kaedah BIG ~ Business Idea Generation
Unit 7-
- Entiti Perniagaan dan Penubuhan
- Persumberan Perniagaan
Unit 8 & 9
- BMC ~ Business Model Canvas
- Penyediaan Rancangan Perniagaan.
SESI 4 : PERANCANGAN KEWANGAN
Unit 10
Unit 11
Unit 12
Unit 13
SESI 5 : AKTIVITI KESUKARELAWAN
Unit 14
- Menjadi Sukarelawan NGO/Agensi Kerajaan/KKR
- Meneroka Bidang Dimnati
- Membina Rangkaian & Kumpulan Sokongan
SIAPA YANG PATUT HADIR
Terbuka kepada semua kakitangan yang akan bersara dalam masa terdekat.
METODOLOGI KURSUS
Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.
TRAINER
Dr Rahman Ibrahim
Tn Hj Jalaludin Mohd Nor
FEES ( TANPA PENGINAPAN)
Seorang RM1,100.00 per pax
Early Bird RM1,000.00 per pax
(20 hari sebelum kursus)
2 pax RM 1,050.00 per pax
3 pax > RM1,000.00 per pax
(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )