Loading Events

« All Events

Kursus Infografik Canva dan CapCut

August 3 @ 8:00 am - August 4 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Dalam era digital yang serba pantas, kandungan visual memainkan peranan penting dalam menyampaikan mesej dengan berkesan. Infografik dan video pendek bukan sahaja menarik perhatian audiens, tetapi juga membantu menyampaikan maklumat secara ringkas dan mudah difahami. Oleh itu, kemahiran dalam menghasilkan infografik dan video berkualiti tinggi amat diperlukan, terutamanya dalam bidang pemasaran, pendidikan, dan perniagaan.

Kursus ini direka khas untuk membantu peserta menguasai teknik menghasilkan infografik menggunakan Canva serta menyunting video pendek menggunakan CapCut. Melalui sesi teori dan praktikal yang interaktif, peserta akan mempelajari konsep asas reka bentuk, penyuntingan video, serta teknik menyusun maklumat secara visual yang efektif. Kursus ini turut menyediakan sesi latihan intensif di mana peserta akan menghasilkan projek sebenar yang boleh digunakan dalam konteks kerja atau perniagaan mereka.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir program ini, peserta akan dapat:

  • memahami kepentingan infografik dan e-poster dalam komunikasi digital serta prinsip asas reka bentuk visual.
  • menggunakan fungsi asas Canva untuk menghasilkan e-poster dengan elemen reka bentuk yang menarik.
  • mereka bentuk infografik yang efektif dengan menggunakan kombinasi warna, tipografi, dan elemen grafik yang sesuai.
  • memahami asas penyuntingan video di CapCut termasuk pemotongan klip, penyusunan, serta penggunaan teks dan efek.
  • menghasilkan video pendek yang menarik dengan menggunakan teknik storytelling, animasi, serta muzik latar yang sesuai.
  • berjaya menyiapkan dan menyerahkan tugasan infografik dan video pendek berdasarkan keperluan projek individu dan berkumpulan.
  • dapat membentangkan hasil kerja mereka, menerima maklum balas, serta memahami strategi penerbitan kandungan berkualiti tinggi untuk pelbagai platform digital.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1 : PENGENALAN KEPADA INFOGRAFIK & E-POSTER

  • Kepentingan Visual dalam Komunikasi Digital
  • Prinsip Asas Reka Bentuk (Warna, Tipografi, Susun Atur)
  • Memahami Elemen Infografik yang Berkesan

MODUL 2 : ASAS PENGGUNAAN CANVA

  • Navigasi Canva: Alatan & Fungsi Utama
  • Pemilihan Template & Penggunaan Elemen Reka Bentuk
  • Teknik Mudah Menghasilkan E-Poster Profesional

MODUL 3 : REKA BENTUK INFOGRAFIK MENGGUNAKAN CANVA

  • Strategi Menyusun Maklumat dengan Berkesan
  • Kombinasi Warna & Tipografi yang Menarik
  • Penggunaan Gambar, Ikon & Grafik dalam Infografik

MODUL 4 : PENGENALAN KEPADA PENYUNTINGAN VIDEO DI CAPCUT

  • Navigasi CapCut: Alatan & Ciri Utama
  • Teknik Pemotongan & Penyusunan Klip Video
  • Menambah Teks, Transisi & Kesan Khas

MODUL 5 : PENGHASILAN VIDEO PENDEK YANG EFEKTIF

  • Teknik Storytelling untuk Video Pendek
  • Penggunaan Muzik & Efek Bunyi yang Sesuai
  • Memasukkan Animasi & Kesan Kreatif

MODUL 6 : SESI PRAKTIKAL & PENGHANTARAN TUGASAN

  • Tugasan Individu: Penghasilan Infografik Menggunakan Canva
  • Tugasan Berkumpulan: Penghasilan Video Pendek Menggunakan CapCut
  • Penghantaran & Semakan Hasil Kerja

MODUL 7 : PEMBENTANGAN

  • Pembentangan Projek Individu & Kumpulan
  • Maklum Balas & Penambahbaikan Reka Bentuk
  • Strategi Penyesuaian & Penerbitan Kandungan Berkualiti Tinggi

SOAL JAWAB, RUMUSAN & PENUTUP

 

PESERTA

Terbuka kepada semua

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

TRAINER

Mukhsin Maki atau

Shamsiyah Abdul Kadir

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: August 3 @ 8:00 am
  • End: August 4 @ 5:00 pm

Venue

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com