PENGENALAN
Tanggungjawab utama seorang penyelia adalah untuk memastikan bahawa peruntukan kewangan , sumber tenaga manusia dan bahan yang disediakan dapat dikendalikan dengan berkesan supaya mencapai matlamat organisasi.
Program Pembangunan Penyelia dan Kepimpinan ini direkabentuk untuk mempertingkatkan kecekapan penyelia bagi mencapai satu tahap yang membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh yakin dan berjaya.
Kursus ini menumpukan kepada pemahaman kepada konsep dan peranan penyelia dalam organisasi, memahami asas dan aspek penyeliaan, mengetahui pelbagai teknik dan kemahiran bagi melaksanakan tugas penyelia dengan berkesan dan menghayati peranan penyelia sebagai kaunselor dalam pembangunan sumber tenaga manusia.
Walaupun teori dan prinsip yang pelbagai adalah penting, kursus ini tidak sahaja menumpukan perhatian yang mendalam kepada aspek pengurusan semata-mata. Sebaliknya program ini menitikberatkan aspek-aspek praktikal fungsi penyeliaan dan relevan dengan bidang penyelia.
RASIONAL
Kemahiran dan pengetahuan seorang penyelia dari segi teknikal sahaja perlu dimantapkan lagi dengan aspek-aspek penyeliaan supaya setiap individu dapat mempertingkatkan pembangunan diri masing-masing.
Kepesatan pembangunan ekonomi negara amat memerlukan penyelia bagi memenuhi permintaan industri di negara kita. Oleh itu, penyelia memainkan peranan yang mustahak sebagai “ Pelaksana” dan “Perantara” di antara pihak pengurusan atasan dengan pekerja bawahan. Maka jelaslah di sini bahawa penyelia perlu diberi latihan yang menekankan amalan dan sifat-sifat dinamik sebagai seorang penyelia yang profesional.
OBJEKTIF PROGRAM
Diakhir program ini peserta kursus akan dapat :
KANDUNGAN PROGRAM
MODUL 1 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
MODUL 2 : PEMIMPIN DAN GAYA KEPIMPINAN
MODUL 3 : PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI
MODUL 4 : DELEGASI DAN PENGAGIHAN KERJA
MODUL 5 : PENYELESAIAN MASAALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
MODUL 6 : MENGENDALIKAN PEKERJA BERMASAALAH
METODOLOGI KURSUS
Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.
SIAPA PATUT HADIR?
Kumpulan Pengurusan dan Professional
TRAINER
Mazdurah Mohd Zin
Mazibah Mohd Zin
FEES ( TANPA PENGINAPAN)
Seorang RM1,100.00 per pax
Early Bird RM1,000.00 per pax
(20 hari sebelum kursus)
2 pax RM 1,050.00 per pax
3 pax > RM1,000.00 per pax
(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )
Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com