Loading Events

« All Events

Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan (Surat Rasmi, Memo, Email, Kertas Kerja, Kertas Laporan & Minit Mesyuarat)

October 21 @ 8:00 am - October 22 @ 5:00 pm

PENDAHULUAN

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan pihak kerajaan. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka. Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan. Semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi di mana mereka bekerja.

 

OBJEKTIF KURSUS

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menulis surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat yang sistematik dan berkualiti. Dengan demikian para peserta akan dapat melaksanakan tugas sebagai penulis dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.

  1. Mempraktiskan ciri-ciri yang terbaik bagi menghasilkan penulisan yang berbentuk surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat.
  2. Mengaplikasi format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan.
  3. Menggunapakai penggunaan tatabahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.
  4. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan penulisan

 

RUANGLINGKUP LATIHAN

Kursus ini memberi tumpuan di dalam latihan amali bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan dapat menggunakan teknik-teknik yang betul di dalam membuat penulisan surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat.

 

 

KANDUNGAN & JADUAL KURSUS

HARI PERTAMA

 

8.30 am – Pendaftaran

 

09.00am – Profesionalisma dalam Penulisan Surat Rasmi

  • Pengenalan jenis & format surat rasmi
  • Kandungan & panduan penulisan surat
  • Latihan penulisan

11.00 am – Panduan Penulisan Memo

  • Format memo
  • Kandungan & panduan penulisan memo
  • Latihan penulisan memo

1.00 pm – Rehat

2.30 pm – Panduan Penulisan E-mel

  • Format E-mel
  • Kandungan & Panduan E-mel
  • Latihan penulisan E-mel

3.30 pm – Panduan Penulisan Kertas Kerja

  • Format kertas kerja
  • Kandungan & Panduan Penulisan kertas kerja
  • Latihan penulisan kertas kerja

5.00 pm – Tamat kursus hari pertama

 

HARI KEDUA

8.30 am – Pendaftaran

09.00 am – Profesionalisma dalam Penulisan Laporan

  • Pengenalan jenis & format laporan
  • Kandungan & Panduan Penulisan laporan
  • Latihan penulisan laporan

11.00 am – Tata Bahasa Dan Laras Bahasa

  • Mengenali kesalahan biasa dalam penulisan
  • Menggunakan tatabahasa yang betul
  • Menggunakan ayat dan bahasa yang sesuai

1.00 pm – Rehat

2.30 pm – Panduan Penulisan Minit Mesyuarat

  • Pengendalian mesyuarat
  • Pengambilan Minit Mesyuarat yang baik
  • Kandungan & Panduan Penulisan Minit Mesyuarat

3.30 pm – Latihan Penulisan Minit Mesyuarat

5.00 pm – Tamat kursus

*Tertakluk kepada pindaan

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi atau sesiapa sahaja yang berminat..

 

TRAINER

Jumari Kosnin atau

Ahmad Dan Setapa

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: October 21 @ 8:00 am
  • End: October 22 @ 5:00 pm

Venue

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com