Loading Events

« All Events

Pendidikan, Pencegahan dan pembasmian Gangguan Seksual di Tempat Kerja

October 19 @ 8:00 am - October 20 @ 5:00 pm

RASIONAL

Pada bulan September 1999, YB Menteri Sumber Manusia telah melancarkan Kod Amalan Pencegahan dan Pembasmian Gangguan  Seksual Di Tempat Kerja. Kod Amalan ini dibuat bagi memberi garis panduan kepada majikan tentang bagaimana mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja. Ini adalah kerana, jika gangguan seksual dibenarkan atau mudah berlaku di tempat kerja, maka moral pekerja akan jatuh atau rendah dan yang lebih bahaya lagi produktiviti akan menurun. Tidak kurang juga, ianya akan membawa gejala tidak sihat di dalam organisasi. Semua ini akan memberi kerugian bukan sahaja kepada majikan tetapi juga kepada pekerja dari jangkamasa panjang.

Kini Gangguan Seksual telahpun menjadi salah satu dari seksyen di dalam Akta Kerja 1955. Maka dengan ini ianya satu kewajipan untuk majikan mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja dengan berkesan.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat:

  1. Mengetahui tentang kenapa gangguan seksual perlu dibasmi dan dicegah di tempat kerja.
  2. Mengetahui definasi dan jenis-jenis gangguan seksual di tempat kerja
  3. Mengambil langkah-langkah mencegah gangguan seksual di tempat kerja
  4. Mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja yang melakukan gangguan seksual.
  5. Memenuhi kewajipan untuk melaporkan kes-kes gangguan seksual kepada pihak berkuasa sekiranya di minta.

 

ISI KANDUNGAN

MODUL 1 : PENDAHULUAN

  • Kenapa perlu mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja
  • Sejarah atau permulaan kes-kes gangguan seksual di Malaysia
  • Kod Amalan dan Undang-undang Perhubungan Perusahaan
  • Matlamat dan Rasional Pencegahan dan Pembasmian Gangguan Seksual di tempat kerja.

MODUL 2 : OBLIGASI MAJIKAN

  • Obligasi majikan di dalam kes-kes gangguan seksual
  • Definisi gangguan seksual
  • Kategori gangguan seksual
  • Kajian kes gangguan seksual 1

MODUL 3 : PENYEDIAAN POLISI GANGGUAN SEKSUAL

  • Garis panduan penyedian polisi dan prosedur gangguan seksual
  • Penglibatan dan komitmen pengurusan atasan
  • Provision minima yang perlu ada di dalam polisi dan prosedur
  • Tanggungjawab untuk melaporkan

MODUL 4 : PROSEDUR ADUAN DI DALAM MENANGANI KES GANGGUAN SEKSUAL

  • Prosedur Aduan di dalam kes-kes gangguan seksual
  • Ketidaksesuaian prosedur aduan yang sedia ada
  • Kerahsiaan di dalam prosedur
    • Mengambil keterangan mangsa dan saksi
    • Perlindungan terhadap mangsa

MODUL 5 : PROSEDUR DISIPLIN UNTUK KES GANGGUAN SEKSUAL

  • Bagaimana melakukan siasatan
  • Strategi di dalam siasatan
  • Mengambil keterangan dari pembuat gangguan
  • Merangka tindakan disiplin terhadap pembuat gangguan

MODUL 6 : TUDUHAN TERHADAP PEMBUAT GANGGUAN

  • Cara-cara membuat tuduhan
  • Merangka tuduhan yang sesuai
  • Kajian kes gangguan seksual 2
  • Kajian kes gangguan seksual 3

MODUL 7 : ADUAN PALSU

  • Cara menangani aduan gangguan seksual yang palsu
  • Kajian kes gangguan seksual 4

MODUL 8 : PROMOSI DAN PROGRAM PENDIDIKAN  BAGI PENCEGAHAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA

  • Komunikasi
  • Latihan Kesedaran
  • Pendidikan
  • Latihan kepada Penyelia dan Ketua
  • Tindakan Pencegahan

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Terbuka kepada semua pengurus, ketua-ketua jabatan, penolong pengurus, eksekutif kanan, eksekutif / penyelia, ketua unit dan sesiapa sahaja yang berminat.

 

TRAINER

En Fauzi Nordin atau

Haniza Abdul Hamid atau

Mazibah Mohd Zin

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: October 19 @ 8:00 am
  • End: October 20 @ 5:00 pm

Venue

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com