PENGENALAN
Kemahiran menulis secara profesional dan rasmi dalam Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) amat penting bagi memastikan mesej yang disampaikan tepat, jelas, dan berkesan. Dalam dunia perniagaan dan pentadbiran, dokumen rasmi seperti e-mel, surat, laporan, kertas cadangan, kajian, dan minit mesyuarat memerlukan ketepatan dari segi format, bahasa, dan nada penyampaian. Kesilapan kecil boleh menjejaskan imej individu atau organisasi.
Dengan perkembangan teknologi terkini, penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT dan Copilot mampu membantu penulis menghasilkan dokumen yang lebih berkualiti, mematuhi format rasmi, dan menjimatkan masa. Kursus ini akan membimbing peserta memahami kaedah penulisan yang betul dan mempraktikkannya secara langsung menggunakan bantuan AI, sekali gus meningkatkan produktiviti dan keberkesanan komunikasi bertulis.
OBJEKTIF KURSUS
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1A: KAEDAH MENULIS E-MEL & SURAT RASMI DALAM BM & BI DENGAN BANTUAN AI
MODUL 1B : LATIHAN
MODUL 2A: KAEDAH MENULIS LAPORAN DALAM BM & BI DENGAN BANTUAN AI
MODUL 2B : LATIHAN
MODUL 3A: KAEDAH MENULIS KERTAS CADANGAN & KAJIAN DALAM BM & BI DENGAN BANTUAN AI
MODUL 3B: LATIHAN
MODUL 4A : KAEDAH MENULIS MINIT MESYUARAT DALAM BM DAN BI DENGAN BANTUAN AI
MODUL 4B : LATIHAN
METODOLOGI KURSUS
Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.
SIAPA PATUT HADIR?
Terbuka kepada semua
TRAINER
Azmi Shahrin
Kamil Rohman
Fakhrul Syahmi
FEES ( TANPA PENGINAPAN)
Seorang RM1,100.00 per pax
Early Bird RM1,000.00 per pax
(20 hari sebelum kursus)
2 pax RM 1,050.00 per pax
3 pax > RM1,000.00 per pax
(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )
Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com