 
Perkhidmatan Kerajaan telah mengalami perubahan dan perkembangan yang pesat selaras dengan perkembangan teknologi dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, masyarakat dan negara.
Telah banyak perubahan yang dilakukan sesuai dengan perkembangan semasa dan teknologi terkini. Antaranya seperti sistem pengurusan fail dan rekod yang menggunakan sistem Digital Document Management System [DDMS].
Begitu jugalah dengan lain-lain perkhidmatan yang banyak berasaskan ICT dan web base dalam usaha untuk memodenkan perkhidmatan sesuai dengan tuntutan masa dan zaman yang serba pantas ini.
Sistem dan cara bekerja juga turut berubah. Pada tahun 1990 dahulu urusan kerja dan panduan bekerja menggunakan Manual Prosedur Kerja [MPK] dan Fail Meja [FM]. Selepas beberapa dekad berlalu, MPK dan FM sudah tidak lagi digunakan. Sekarang, urusan kerja menggunakan myPortfolio dan Deskripsi Tugas telah digunakan. Sehubungan itu, semua penjawat awam perlu menyediakan myPortfolio dan Deskripsi Tugas masing-masing secara individu. Pemahaman dan kemahiran bagaimana menyediakan myPortfolio dan Deskripsi Tugas perlu dikuasai oleh mereka yang terlibat dalam urusan personel dan perjawatan di Kementerian, Jabatan dan agensi masing-masing.
Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:
Penilaian Kursus
Penyampaian Sijil
Tamat
Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
Ahmad Dan Setafa
Ismail Hashim
Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com