Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan

January 30, 2023 @ 8:00 am - January 31, 2023 @ 5:00 pm

PENDAHULUAN

Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan pihak kerajaan. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka. Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan. Semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi di mana mereka bekerja.

 

OBJEKTIF KURSUS

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menulis surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat yang sistematik dan berkualiti. Dengan demikian para peserta akan dapat melaksanakan tugas sebagai penulis dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.

  1. Mempraktiskan ciri-ciri yang terbaik bagi menghasilkan penulisan yang berbentuk surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat.
  2. Mengaplikasi format yang betul bagi setiap jenis penulisan yang berlainan.
  3. Menggunapakai penggunaan tatabahasa yang betul di dalam penulisan yang berkualiti.
  4. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang kerap dilakukan ketika menghasilkan penulisan

 

RUANGLINGKUP LATIHAN

Kursus ini memberi tumpuan di dalam latihan amali bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan dapat menggunakan teknik-teknik yang betul di dalam membuat penulisan surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat. Peserta digalakkan untuk membawa laptop untuk memudahkan pembelajaran

 

KANDUNGAN  KURSUS

MODUL 1 : PROFESIONALISMA DALAM PENULISAN SURAT RASMI

  • Pengenalan jenis & format surat rasmi
  • Kandungan & panduan penulisan surat
  • Latihan penulisan

MODUL 2 : PANDUAN PENULISAN MEMO

  • Format memo
  • Kandungan & panduan penulisan memo
  • Latihan penulisan memo

MODUL 3 : PANDUAN PENULISAN E-MEL

  • Format E-mel
  • Kandungan & Panduan E-mel
  • Latihan penulisan E-mel

MODUL 4 : PANDUAN PENULISAN KERTAS KERJA

  • Format kertas kerja
  • Kandungan & Panduan Penulisan kertas kerja
  • Latihan penulisan kertas kerja

MODUL 5 : PROFESIONALISMA DALAM PENULISAN LAPORAN

  • Pengenalan jenis & format laporan
  • Kandungan & Panduan Penulisan laporan
  • Latihan penulisan laporan

MODUL 6 : TATABAHASA DAN LARAS BAHASA

  • Mengenali kesalahan biasa dalam penulisan
  • Menggunakan tatabahasa yang betul
  • Menggunakan ayat dan bahasa yang sesuai

MODUL 7 : PANDUAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

  • Pengendalian mesyuarat
  • Pengambilan Minit Mesyuarat yang baik
  • Kandungan & Panduan Penulisan Minit Mesyuarat

MODUL 8 : LATIHAN PENULISAN MINIT MESYUARAT

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi atau sesiapa sahaja yang berminat..

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Jumari Kosrin

Ahmad Dan Setafa

Details

Start:
January 30, 2023 @ 8:00 am
End:
January 31, 2023 @ 5:00 pm

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder