Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pengurusan Mesyuarat Berkesan

May 8, 2023 - May 9, 2023

PENGENALAN

Didalam sesebuah organisasi , mesyuarat merupakan aktiviti yang penting bagi membincangkan hala tuju dan membuat keputusan. Pengendalian mesyuarat yang tidak sistematik akan menyebabkan pembaziran sumber tenaga manusia, masa dan kos jabatan. Justru, pengurusan dan pengendalian mesyuarat secara sistematik bukan sahaja menghasilkan keputusan yang baik malah boleh menjadi bahan rujukan yang bermanafaaat kepada Jabatan dimasa-masa hadapan.

Kursus 2 hari ini akan menghuraikan mengenai pengendalian dan pengurusan mesyuarat yang berkesan.

 

OBJEKTIF

Diakhir kursus ini, peserta akan berkemampuan untuk :-

  • Menerangkan ciri-ciri pengurusan mesyuarat berkesan dan profesional;
  • Mengaplikasikan peranan yang sepatutnya dibuat oleh setiap ahli mesyuarat;
  • Menggunakan tindakan yang betul sebelum, semasa dan selepas mesyuarat;
  • Menjelaskan kemahiran menjimatkan dan menguruskan masa dalam mesyuarat;
  • Mengaplikasikan pengetahuan mencatat semasa mesyuarat, menulis minit, mengesan dan mendapatkan maklumbalas sesuatu keputusan mesyuarat.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: PROFESIONALISMA PENGURUSAN MESYUARAT

  • Penjajaran minda
  • Tanda-tanda mesyuarat yang profesional

MODUL 2: MESYUARAT BERKUALITI

  • Objektif jelas
  • Pengurusan masa
  • Perbincangan positif

MODUL 3 :KOMPONEN UTAMA MESYUARAT

  • Kandungan
  • Interaksi
  • Struktur

MODUL 4 : PERANAN SETIAP AHLI MESYUARAT

  • Pengerusi
  • Setiausaha
  • Ahli

MODUL 5 : TINDAKAN SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS MESYUAARAT

  • Notis dan agenda
  • Perbincangan (Makluman / Tindakan)
  • Tindakan susulan

MODUL 6 : KEMAHIRAN MENULIS MINIT & MENGESAN SERTA MENDAPATKAN MAKLUMBALAS

  • Tugas semasa mesyuarat
  • Mengambil catatan penting
  • Membezakan makluman, keperluan tindakan (maklumbalas) & keputusan

MODUL 7 : PENULISAN MINIT MESYUARAT

  • Ciri-ciri minit mesyuarat yang baik
  • Panduan menulis minit
  • Menyemak minit bersama Pengerusi, mencetak & mengedarkan minit mesyuarat

MODUL 8 : MEWUJUDKAN SUASANA MESYUARAT YANG SELESA

  • Susun atur bilik mesyuarat
  • Alat bantu

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Terbuka kepada ketua-ketua unit / jabatan , pegawai eksekutif , penyelia dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat / berkaitan dalam pengurusan mesyuarat sesebuah organisasi

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Ahmad Dan Setafa

Ismail Hashim

Details

Start:
May 8, 2023
End:
May 9, 2023

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder