Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pengurusan Aset Alih Dan Stor Kerajaan

October 30, 2023 - October 31, 2023

PENGENALAN

Pengurusan Stor adalah aktiviti “menerima barang-barang atau bahan-bahan, memelihara keselamatannya semasa didalam simpanan – supaya tidak mengalami kerosakan dan tidak diambil tanpa kebenaran, mengeluarkannya dalam kuantiti yang betul, pada masa yang betul dan kepada tempat yang betul dan memberikan perkhidmatan ini dengan kadar cepat dan kos yang minimum.”

Sebuah stor adalah tempat di mana barang-barang atau bahan-bahan berlebihan disimpan yang akan digunakan pada masa yang ia diperlukan. Kehilangan item-item, kerosakan dan pelupusan adalah sebahagian daripada keadaan yang lumrah berlaku.

Didalam rantaian pelanggan dalaman dan pembekal, stor mempunya beberapa pelanggan dalaman. Malah semua fungsi pengurusan adalah merupakan pelanggan kepada stor. Pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari segi kualiti, kos dan penghantaran dan menjadi tanggungjawab pengurusan stor untuk memastikannya.

Modul Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor Kerajaan ini telah disusun untuk memberi pendedahan kepada para peserta kepada aspek-aspek utama pengurusan stor yang efektif dan efisyen berdasarkan prinsip-prinsip dan garis panduan serta amalan baik dan berpandukan Tatatacara Pengurusan Stor Kerajaan seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 6.1

 

OBJEKTIF PROGRAM

  • Menjelaskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan berpandukan Pekeliling Perbendaharan Bil 5 2007;
  • Mengendalikan proses-proses penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira;
  • Memberi garis panduan supaya kakitangan pengurusan stor dapat merancang mengendalikan stor dan inventori secara berkesan;
  • Mengajar kaedah mengawal stor cara 5S;
  • Mengelak kehabisan stok yang mengakibatkan kelewatan dalam pengantaran kepada pelanggan;
  • Merekod inventori dengan tepat dan menggunakan sistem rak yang berkesan;
  • Menggunakan kaedah kawalan stok yang cekap;
  • Memastikan keselamatan inventori dan kakitangan di dalam stor

 

KANDUNGAN

BAHAGIAN 1 : TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN

SIRI 1 : PENDAHULUAN

  • Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007
  • Peranan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal
  • Tugas dan tanggungjawab Unit Pengurusan Aset
  • Definisi Aset
  • Definisi Aset Alih
  • Harta Modal
  • Inventori

                PENERIMAAN

  • Pegawai penerima / Pegawai bertauliah / Objektif penerimaan
  • Peraturan penerimaan

 

SIRI 2 : PENDAFTARAN

  • Objektif pendaftaran
  • Tempoh mendaftar
  • Pendaftaran aset hadiah
  • Pendaftaran aset lucut hak
  • Punca maklumat
  • Dokumen pendaftaran
  • Butiran maklumat

                PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN

  • Objektif penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan

 

SIRI 3 : PENYELENGGARAAN

  • Objektif penyelenggaraan
  • Panduan penyelenggaraan

             PELUPUSAN

  • Definisi pelupusan
  • Objektif pelupusan
  • Justifikasi pelupusan
  • Kuasa melulus
  • Urusetia pelupusan
  • Lembaga Pemeriksa
  • Kaedah pelupusan

           KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA

  • Tafsiran kehilangan
  • Tafsiran hapus kira
  • Kuasa melulus
  • Urusetia kehilangan dan hapus kira
  • Proses hapus kira

 

BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN STOR

SIRI 1 : PENDAHULUAN

  • Definisi Stor dan Stok
  • Kategori stor kerajaan
  • Tujuan diwujudkan kategori stor
  • Asas Pengurusan Stor
  • Fungsi-fungsi sebuah stor
  • Organisasi stor
  • Pengurusan stor

             PENERIMAAN

  • Pegawai penerima / Pegawai bertauliah / Objektif penerimaan
  • Penerimaan daripada pembekal
  • Penerimaan daripada Stor Pusat / Stor Utama

             MEREKOD STOK

  • Kad kawalan stok dan kad petak

 

SIRI 2 : PENYIMPANAN

  • Susun atur
  • Lokasi
  • Penyimpan stok
  • Jenis stok
  • Tindakan penyimpan

              PENGELUARAN

  • Sistem Masuk Dahulu Keluar Dahulu (FIFO)
  • Borang-borang yang perlu di gunakan
  • Barang guna habis
  • Barang guna habis (gunasama)
  • Jualan sisa stok / barang terpakai

              PEMERIKSAAN

  • Jenis-jenis pemeriksaan
  • Verifikasi stok
  • Tindakan Ketua Jabatan
  • Pelarasan stok

 

SIRI 3 : KESELAMATAN & KEBERSIHAN

  • Tujuan
  • Suasana stor yang kondusif
  • Patuhi arahan keselamatan
  • Pelabelan yang jelas dan mudah di fahami

              BUDAYA 5‘S PENGURUSAN VISUAL

  • Apa dia Pengurusan Visual?
  • Empat prinsip teras 5‘S
  • Objektif 5‘S
  • Alat-alat 5‘S

             PELUPUSAN

  • Stok bernilai rendah
  • Syarat-syarat dan prosedur yang perlu di patuhi

            KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA

  • Syarat-syarat dan prosedur yasng perlu di patuhi

   

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh kerani / eksekutif stor, pegawai pengawal, pegawai Bahagian Pentadbiran , pegawai Bahagian Perolehan dan sesiapa juga yang berminat.

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Ismail Hashim

Jumari Kosrin

Details

Start:
October 30, 2023
End:
October 31, 2023

Organizer

Brainwork Resources
Phone
019-4910118
Email
brainwork.resources@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder