Loading Events

« All Events

Pembangunan & Kecemerlangan Perkeranian

May 11 @ 8:00 am - May 12 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Kelancaran perkhidmatan perkeranian merupakan satu tanggung jawab yang penting dan utama di dalam sesebuah organisasi. Dalam memikul tanggung jawab ini, kumpulan perkeranian dan kesetiausahaan mestilah melaksanakannya dengan penuh keyakinan dan kesungguhan. Sehubungan dengan ini, penghayatan nilai- nilai yang murni seperti kemahiran berkomunikasi, bersikap positif, semangat kerja berpasukan, pengurusan masa dan budaya kerja cemerlang akan dapat memudahkan kelancaran sesuatu perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan.

Di antara fakta-fakta utama yang menyebabkan kepincangan perjalanan sesuatu organisasi ialah diri pekerja itu sendiri. Mereka gagal mengenali dan menggunakan potensi diri mereka dan tidak mahu mengambil iktibar dari kejayaan dan kecemerlangan yang dicapai oleh orang lain.

Kertas cadangan program untuk kumpulan kakitangan sokongan ini akan dapat merealisasikan matlamat untuk melahirkan pekerja yang berjaya dan cemerlang

 

OBJEKTIF PROGRAM

Melalui kursus ini peserta akan dapat:

  • Menambahkan produktiviti melalui pengurusan diri dan masa yang berkesan dengan mengenal pasti faktor-faktor yang menjurus kepada pembaziran
  • Mengurangkan masalah yang berkaitan dengan kerja harian dengan kemahiran berkomunikasi yang lebih berkesan terhadap ketua dan rakan
  • Mempraktikkan ketrampilan diri yang profesional
  • Mendorong ke arah pencapaian tahap prestasi yang lebih baik melalui pembentukan matlamat dan sikap kerja
  • Menambah kecekapan di dalam pengorganisasian dan pentadbiran tempat dan persekitaran kerja.
  • Menanam nilai-nilai dan ciri-ciri dinamik perkeranian dalam diri peserta bagi pengamalan di tempat kerja

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB DI DALAM ORGANISASI

  • Perbezaan di antara tugas dan peranan
  • Kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan tugasan
  • Tatacara perancangan, pengorganisasian dan pengawalan
  • Peningkatan kualiti dan produktiviti
  • Etika kerja dan personaliti ke arah kecemerlangan

MODUL 2 : SIKAP KERJA POSITIF

  • Pembentukan matlamat ke arah kerjaya hidup
  • Sikap kerja positif untuk prestasi kerja yang lebih baik
  • Halangan di dalam pembentukan sikap positif
  • Tatacara bagi motivasi dan pembangunan diri

MODUL 3 : MEMAHAMI KEHENDAK KETUA

  • Memahami sebab kenapa rumit berurusan dengan ketua
  • Mendalami keperluan ketua
  • Mencatat keutamaan ketua untuk sesuatu kerja
  • Mencapai keserasian dengan ketua

MODUL 4 : KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI

  • Kepentingan kemahiran berkomunikasi
  • Komunikasi perkataan dan bukan perkataan
  • Halangan di dalam komunikasi
  • Teknik komunikasi berkesan
  • Skil mendengar dengan empati

MODUL 5 : IMEJ PROFESIONAL DAN KEPENTINGANNYA DALAM ORGANISASI

  • Imej professional
  • Expressi muka dan bahasa badan
  • Cara berpakaian professional
  • Aksesori diri
  • Penampilan diri dalam organisasi

MODUL 6 : PENGURUSAN MASA & KERTAS KERJA

  • Mengenal pasti pembaziran waktu di pejabat
  • Pengurusan masa yang berkesan
  • Merancang dan penjadualan kerja untuk hasil yang mantap
  • Mengatasi penangguhan kerja dan ketidakbolehan membuat  keputusan
  • Penggunaan jadual masa
  • Mengatasi pengumpulan kertas kerja
  • Pembentukan budaya cemerlang dalam pengurusan masa dan kertas kerja untuk produktiviti dan kecekapan

MODUL 7 : KERJA BERPASUKAN

  • Kerja berpasukan – Komitmen dan konsensus
  • Tatacara berhubung dengan rakan sekerja dan penyelia
  • Bagaimana hendak menyumbang untuk pasukan
  • Ciri-ciri di perlukan ke arah satu pasukan yang mantap dan berjaya

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Kumpulan Sokongan

 

TRAINER

Mazdurah Mohd Zin atau

Mazibah Mohd Zin atau

Jumari Kosrin

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: May 11 @ 8:00 am
  • End: May 12 @ 5:00 pm

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com