Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pemanduan Berhemah

August 9, 2023 @ 8:00 am - August 10, 2023 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Kursus ini bertujuan bagi membantu mempertingkatkan personaliti dan kemahiran diri sebagai seorang pemandu kenderaan. Kemahiran pemanduan dan undang-undang jalanraya akan menjadikan mereka seorang pemandu yang profesional, beretika dan boleh berkomunikasi secara profesional. Pendedahan kepada aspek teknikal asas kepada sesebuah kenderaan boleh membantu mereka memahami teknik pengawalan kenderaan dengan lebih sempurna dan selamat. Kaedah pemanduan kenderaan pacuan 2 roda dan pacuan 4 roda adalah berbeza dan perlu diberikan latihan yang sewajarnya,  bagi mendapatkan kemahiran yang sesuai bagi jenis kenderaan yang dipandu. Kursus selama 2 hari itu akan dikendalikan secara latihan menyeluruh yang melibatkan aspek latihan secara teori di dalam dewan kuliah dan latihan amali dilapangan.  Komposisi masa latihan secara 50/50 – akan digunakan bagi mengoptimakan latihan agar ianya dapat memberi faedah terbaik kepada peserta.

 

OBJEKTIF KURSUS

Untuk memberikan pendedahan kepada pemandu kenderaan mengenai kaedah mengurus dan mengendalikan kenderaan syarikat.  Selepas kursus ini adalah diharapkan mereka akan:-

  1. Memahami kaedah mengendalikan kenderaan syarikat dengan sempurna
  2. Boleh mengesan kerosakan kecil kenderaan semasa membuat pemeriksaan awal sebelum menggerakkan kenderaan,
  3. Boleh mengurus dan mengendalikan buku log kenderaan dengan sempurna mengikut tatacara yang diarahkan.
  4. Boleh mengawal dan mengendalikan kenderaan dengan baik dalam keadaan kecemasan.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1 : PROFESIONALISMA PEMANDU KENDERAAN

Sesi 1:Membentuk sikap pemandu profesional

  • Mengenali sikap terhadap kerja
  • Kaedah pro-aktif terhadap kerja
  • Mengenal organisasi dan personaliti ketua
  • Penampilan diri dan etiket berpakaian

Sesi  2: Kemahiran pengendalian kenderaan

  • Kemahiran asas teknikal kenderaan
  • Undang-undang asas jalanraya Malaysia
  • Pengetahuan am dan persekitaran kerja
  • Perancangan tugas dan jadual kerja

 

MODUL 2 : IMEJ DAN PERSEPSI ORGANISASI

Sesi  3: Komunikasi interaktif

  • Imej dan tanggapan terhadap organisasi
  • Komunikasi dan persepsi
  • Santun berbahasa dalam bertugas
  • Kawalan sikap dalam komunikasi persuasif

Sesi  4: Imej Majikan dan Organisasi

  • Gambaran umum semasa bertugas
  • Pengetahuan mengenai organisasi
  • Kaitan tingkahlaku dengan tanggapan pertama
  • Membentuk keyakinan umum

 

MODUL 3 : KEMAHIRAN TEKNIKAL

Sesi 5 :  Aspek teknikal bahagian luaran kenderaan

  • Pemeriksaan bahagian kenderaan yang penting sebelum bergerak
  • Pemeriksaan tayar
  • Komponen enjin
  • Sistem kawalan memandu

Sesi 6 : Komponen enjin  dan kaedah penjagaan

  • Perkara utama dalam komponen enjin
  • Kaedah memeriksa minyak enjin
  • Bendalir brek dan minyak gear
  • Pemeriksaan hose dan klip

 

MODUL 4: LATIHAN KAWALAN KENDERAAN

Sesi 7 :  Latihan kawalan pemanduan yang betul

  • Teknik memegang dan mengawal steering
  • Teknik membelok tanpa brek
  • Kawalan diselekoh
  • Kaedah membrek dan berhenti yang tepat

Sesi 8 :  Kawalan dan tindakan mengawal kenderaan dalam kecemasan

  • Teknik mengguna gear rendah
  • Kaedah pemanduan dijalan raya biasa
  • Kaedah membrek dgn sistem ABS
  • Kaedah mengawal dan mengelak halangan

 

MODUL 5: MODUL PENGURUSAN ASAS

Sesi 9 : Pengurusan Buku Log Kenderaan

  • Cara merekod perjalanan
  • Catitan penggunaan bahan api
  • Catitan tempoh “servis” komponen penting
  • Laporan kerosakan /kemalangan

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Terbuka kepada semua pemandu-pemandu jabatan dan juga pegawai pengawal dariBahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia.

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Tuan Hj Jalaluddin M.Noor

Azad Jasmi

Details

Start:
August 9, 2023 @ 8:00 am
End:
August 10, 2023 @ 5:00 pm

Organizer

Brainwork Resources
Phone
019-4910118
Email
brainwork.resources@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder