Loading Events

« All Events

Komunikasi Profesional yang Berkesan & Cemerlang

April 27 @ 8:00 am - April 28 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama. Ini merupakan aspek penting dan membangunkan diri dan organisasi.

Komunikasi dalam organisasi adalah berbentuk komunikasi yang dilakukan dalam sesuatu organisasi yang bertujuan untuk membuat suatu perbincangan, keputusan atau penyelesaian masalah. Kejayaan sesebuah organisasi seringkasi dikaitkan dengan kepimpinan , ini bagi membolehkan maklumat-maklumat dapat disampaikan dengan baik  dan secara tidak langsung permudahkan urusan kerja, mengatasi sebarang isu berbangkit, perkongisan idea dan inisiatif bagi mencapai matlamat sert tujuan komunikasi disamping membangunkan sesebuah organisasi.

Program Komunikasi berkesan ini adalah direka khas dengan pengisian yang unik     dan terkini, bagi membolehkan peserta dalam membolehkan komunikasi yang dibuat memberikan hasil kepada inidividu, rakan kerja dan menuju kepada kecemerlangan organisasi.

 

OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir kursus ini, peserta akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran berkenaan :

  • Menguasai kemahiran komunikasi dalam membina hubungan yang profesional di tempat kerja
  • Mengaplikasikan teknik komunikasi secara berkesan di peringkat individu dan kumpulan
  • Memberi keyakinan dalam berkomunikasi dengan pelbagai peringkat kumpulan staf  dalam organisasi
  • Membina pemahaman akan keberkesanan komunikasi dan kepentingannya bagi diri & organisasi
  • Menyediakan minda, sikap dan jati diri yang dinamik serta positif bagi keberkesanan dalam berkomunikasi
  • Mempelajari cara penyampaian komunikasi yang betul antara pengurusan dan sokongan
  • Menjana hubungan yang baik dalam organisasi bagi menyampaikan perkhidmatan      yang cemerlang
  • Mengetahui dan mendalami peranan komunikasi dalam mengurus konflik dengan berkesan
  • Menggunakan applikasi whatsapp sebagai media komunikasi yang berkesan di dalam organisasi.

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: KOMUNIKASI CEMERLANG

  • Apa Itu Komunikasi?
  • Jenis & Gaya Komunikasi
  • Komunikasi Di Dunia Digital
  • Aktiviti : Definasi Komunikasi (Brainstorming)

MODUL 2 : ANDA & KOMUNIKASI

  • Dimana Tahap Komunikasi Harian Sekarang?
  • Bagaimana Komunikasi Kita Dilihat Dan Hendak Dilihat?
  • Pengaruh Faktor Sekeliling
  • Aktiviti : Komunikasi Bersemuka-
    • Perkataan – Pantun
    • Developing Your Voice

MODUL 3: PENGARUH KOMUNIKASI BERKESAN

  • Yakin Diri & Personaliti
  • Suasana & Persekitaran
  • Penglibatan Secara Langsung/ Tidak langsung
  • Aktiviti : Corporate Grooming & Kesesuaian Warna

MODUL 4 : KEPENTINGAN KOMUNIKASI BERKESAN

  • Motivasi
  • Pengurusan Konflik
  • Keperluan
  • Arahan
  • Aktiviti : BINGO & “Giving Effective Feedback”

MODUL 5: MEMAHAMI PERSONALITI MANUSIA

  • Uniknya Diri & Personaliti
  • Rahsia Disebalik Kekuatan Dan Kelemahan Diri
  • Yakin Diri Cantik Personaliti
  • Aktiviti : Profiling – DOPE Test

MODUL 6 : MENGURUS PERHUBUNGAN DENGAN KOMUNIKASI

  • Perhubungan Dengan Orang Atasan (Bosses)
  • Perhubungan Dengan Rakan Sejawat (Peers)
  • Perhubungan Dengan Rakan Bawahan (Subordinates)
  • Aktiviti : 10 Undang-Undang Untuk Berjaya

MODUL 7 : WHATSAPP SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI

  • Whatsapp, Kerja Dan Anda
  •  Whatsapp Ofis-Musuh Atau Sahabat
  • Whatsapp Sebagai Alat Komunikasi Formal
  • Produktif Dan Efisien
  • Aktiviti:  9 Dots & To-Do-List

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Terbuka kepada semua

 

TRAINER

Mazdurah Mohd Zin

Mazibah Mohd Zin

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: April 27 @ 8:00 am
  • End: April 28 @ 5:00 pm

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com