Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kemahiran Komunikasi dan Intepersonal

April 6 @ 8:00 am - April 7 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Komunikasi yang berkesan adalah amat penting bagi setiap orang di dalam semua bidang kehidupan. Kita berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat, untuk membina perhubungan, untuk mempengaruhi, untuk berkongsi pendapat, untuk mencari dan menjelaskan maklumat. Komunikasi yang berkesan adalah kunci utama di dalam kerjaya kita dan hubungan kita dengan orang lain.

Manusia memenuhi pelbagai keperluan melalui komunikasi, dan dengan berkomunikasi secara berkesan juga boleh memberikan kepuasan dan ketenangan kepada kita. Walau pun kita telah berkomunikasi sejak kita dilahirkan, kita tidak selalunya efektif. Kadangkala komunikasi tidak mencapai hasil yang dikehendaki dan kita menjadi kecewa. Modul ini telah disusun dengan objektif untuk memberi pendedahan kepada komunikasi sebagai satu process dan satu transaksi dan bagaimana ia dapat dipertingkatkan melalui pemahaman prinsip-prinsip utama dan kaedah-kaedah praktikal.

 

OBJEKTIF

  • Menjelaskan maksud komunikasi sebagai satu proses dan satu transaksi;
  • Menghuraikan elemen-elemen yang terdapat di dalam proses komunikasi;
  • Membincangkan cara-cara bagaimana mereka boleh mempertingkatkan kemahiran komunikasi;
  • Menerangkan masalah-masalah yang berlaku dan halangan-halangan di dalam komunikasi interpersonal dan bagaimana mengatasinya;
  • Mengamalkan kemahiran mendengar secara aktif;
  • Menjelaskan fungsi bahasa dan bagaimana menggunakan bahasa yang bertepatan untuk menyampaikan maksud di dalam komunikasi; dan
  • Mempraktikkan gaya komunikasi asertif di dalam transaksi harian.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1 : KEPENTINGAN KOMUNIKASI BERKESAN

  • Definisi asas komunikasi
  • Kepentingan komunikasi yang baik
  • Proses komunikasi dan elemen-elemennya
  • Komunikasi sebagai satu transaksi

MODUL 2 : MODEL KOMUNIKASI

  • Komunikasi lisan (verbal)
  • Komunikasi bukan lisan
  • Perbezaan di antara komunikasi lisan dan komunikasi bertulis
  • Bagaimana bahasa digunakan
  • Pentafsiran maksud dan persepsi

MODUL 3 : HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

  • Persepsi
  • Stereotyping
  • “Halo Effect”
  • Bahasa
  • Prasangka (Prejudice)

MODUL 4 : KOMUNIKASI DALAM PENYELESAIAN MASALAH & ARAHAN KERJA

  • Mempertingkatkan konsep kendiri
  • Persepsi individu
  • Pengaruh budaya ke atas komunikasi
  • Peranan eq (emotional quotient) dan (spiritual intelligence) ke atas komunikasi

MODUL 5 : MEMBENTUK KEPERCAYAAN MELALUI KOMUNIKASI

  • Komunikasi Terbuka dan Menyokong vs. Komunikasi Tertutup dan Defensif
  • Komunikasi Agresif
  • The Parent, Child and Adult Ego States
  • Mengelak Konflik Di Dalam Organisasi

MODUL 6 : KOORDINASI DALAM KOMUNIKASI

  • Semua peringkat memahami arahan
  • Pemimpin memberikan arahan
  • Pengikut laksanakan tugas
  • Komunikasi sampai maklumat pada seua peringkat

MODUL 7 : MENGENALPASTI GELAGAT PELANGGAN

  • Berinteraksi dengan bos
  • Berinteraksi dengan ‘subordinate’
  • Berinteraksi dengan rakan sekerja
  • Berinteraksi dengan pelanggan
  • Berinteraksi dengan orang luar

MODUL 8 : PERUNDINGAN BERKESAN

  • Pendekatan menang-menang
  • Mementingkan keperluan berbanding kemahuan
  • Teknik perundingan melalui komunikasi berkesan

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Terbuka kepada semua

 

TRAINER

Jumari Kosrin atau

Mazdurah Mohd Zin

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: April 6 @ 8:00 am
  • End: April 7 @ 5:00 pm

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com