PENGENALAN
Kursus ini di adakan khusus untuk memberi , penerangan, penekanan, pendedahan dan pemakaian mengenai perkara-perkara penting di dalam Undang-undang Buruh di Malaysia. Ianya merupakan asas utama di dalam hubungan antara pekerja dan majikan.
Setiap Penyelia, Eksekutif dan Pengurus  bukan sahaja perlu tahu Undang-undang Buruh tetapi juga perlu mahir akan implementasi Undang-undang tersebut. Dengan kemahiran yang di miliki, ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan mereka di dalam pengurusan pekerja. Selain dari itu Kod Amalan juga di ketengahkan di dalam program ini bagi memudahkan pengurusan pekerja selaras dengan kehendak-kehendak pihak berkuasa. Dengan itu produktiviti akan dapat di tingkatkan dan dapat mengujudkan suasana kerja yang lebih harmoni. Pada masa yang sama, para peserta akan di dedahkan dengan tatacara dan prosedur Mahkamah Tenaga Kerja dan Mahkamah Perusahaan.
 
HASIL PEMBELAJARAN
Setelah menghadiri kursus ini, peserta akan:
- Mengetahui sejarah undang-undang buruh di Malaysia.
- Memahami peruntukan-peruntukan penting di dalam kontrak perkhidmatan.
- Menyedari dan dapat mengambil tindakan jika terdapat pemecahan kontrak.
- Mengetahui peruntukan-peruntukkan utama di dalam Syarat-syarat perkhidmatan untuk pekerja
- Mengetahui sepintas lalu tentang kesatuan sekerja, perundingan dan perjanjian bersama serta bentuk bentuk tindakan perusahaan
- Menghalusi bagaimana  kehormonian  perusahaan boleh di capai di dalam organisasi.
- Mengetahui tatacara dan prosedur hadir di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan.
- Maklumat-maklumat terkini seperti gaji minima, umur bersara dan pekerja sementara.
 
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1 : PENGENALAN
- Latarbelakang sejarah
- Definisi dan intepretasi
- Siapa “pekerja”
- Jadual Pertama
- Skop Akta Kerja 1955.
MODUL 2 : KONTRAK PERKHIDMATAN
- Definisi
- Terma Kontrak perkhidmatan
- Kontrak Untuk Perkhidmatan
- Bagaimana Menentukan Kontrak Perkhidmatan
MODUL 3 : PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN
- Persaraan
- Salahlaku
- Retrenchment
- Prestasi Kerja Yang Tidak Memuaskan
- Kontrak tempoh tetap
- Salahlaku Jenayah
- Kekecewaan Dalam Kontrak
- Penamatan Mengikut Notis
- Pembuangan Kerja Secara Konstruktif
MODUL 4 : PERUNTUKAN-PERUNTUKAN  KHAS
- Tidak hadir bertugas –Seksyen 15
- Siasatan Dalaman / salahlaku –Seksyen 14
- Pemecahan Kontrak –seksyen 13
MODUL 5 : HUBUNGAN MAJIKAN DENGAN PEKERJA
- Tanggungjawab majikan
- Tanggungjawab Ketua / Penyelia
- Dasar Pekerjaan
- Aduan dan Rungutan
- Majlis Perundingan Bersama
- Obligasi pekerja
- Representasi Pembuangan Kerja
MODUL 6 : MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA
- Hak Majikan dan Hak Kesatuan Sekerja
- Penubuhan Kesatuan Sekerja
- Pengiktirafan Kesatuan Sekerja
- Perundingan dan Perjanjian Bersama
- Pertikaian Perusahaan
MODUL 7 : MAHKAMAH TENAGA KERJA (MAHKAMAH BURUH)
- Fungsi dan peranan Jabatan Tenaga Kerja
- Bidangkuasa Ketua Pengarah
- Prosedur Di Mahkamah Buruh
MODUL 8 : MAHKAMAH PERUSAHAAN
- Komponen Mahkamah
- Prosiding Mahkamah
- Bidangkuasa Mahkamah
- Prosedur di Mahkamah Perusahaan.
MODUL 9 : ISU-ISU TERKINI
- Had Umur Bersara
- Gaji Minima
SIAPA YANG PATUT HADIR?
Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Ketua-ketua Syarikat, Pengurus Besar, Pengurus, Eksekutif, Ketua-ketua jabatan yang terlibat dalam mengurus pekerja dan juga semua kakitangan di Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran.
 
FEES
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
 
PENCERAMAH (TRAINER)
Fauzi Nordin  atau
Puan Haniza Abdul Hamid