Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Bengkel Pengendalian Mesyuarat / Minit Mesyuarat

March 4 @ 8:00 am - March 5 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Pengendalian mesyuarat yang efektif dan penulisan minit yang tepat memainkan peranan penting dalam memastikan keputusan organisasi direkodkan dengan jelas dan tindakan susulan dapat dilaksanakan secara teratur.

Namun begitu, masih ramai penjawat awam yang tidak diberikan latihan khusus mengenai teknik dan tatacara sebenar dalam menguruskan mesyuarat secara menyeluruh.

Kursus ini dirancang bagi memberikan pendedahan menyeluruh dan latihan praktikal dalam pengendalian mesyuarat serta penulisan minit mesyuarat, mengikut keperluan rasmi jabatan dan agensi Kerajaan.

 

OBJEKTIF KURSUS

Memberi kefahaman menyeluruh tentang konsep, tatacara dan etika mesyuarat rasmi.

  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus, menyelaras dan mendokumentasi mesyuarat.
  • Memantapkan teknik penulisan minit mesyuarat yang ringkas, tepat dan sistematik.
  • Melatih peserta menghasilkan minit mesyuarat berdasarkan situasi sebenar melalui simulasi.

 

HASIL PEMBELAJARAN KESELURUHAN

Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Mengurus dan mengendalikan mesyuarat rasmi dengan lebih berkesan.
  • Memainkan peranan urus setia dengan profesional.
  • Menulis minit mesyuarat mengikut format dan kehendak jabatan.
  • Mengendalikan tindakan susulan berdasarkan keputusan mesyuarat.

 

MODUL & PENGISIAN KURSUS

MODUL 1 : PENGENALAN MESYUARAT RASMI

  • Definisi Mesyuarat
  • Jenis Mesyuarat
  • Objektif dan Keperluan Mesyuarat
  • Perancangan dan Pengurusan Mesyuarat

MODUL 2 : PERSIAPAN SEBELUM MESYUARAT

  • Notis Mesyuarat
  • Agenda Mesyuarat
  • Jemputan dan Pengesahan Kehadiran
  • Dokumentasi Awal dan Persiapan

MODUL 3 : PERANAN DAN TUGAS URUSETIA

  • Kepentingan Urus Setia
  • Peranan dan Tugas Urus Setia
  • Tugas-tugas Sebelum, Semasa dan Selepas Mesyuarat
  • Penyediaan Senarai Semak Mesyuarat

MODUL 4 : ETIKET & PROTOKOL MESYUARAT

  • Etika Mesyuarat
  • Adab Berkomunikasi Mesyuarat
  • Penggunaan Bahasa
  • Susunan Tempat Duduk

MODUL 5 : MENGURUS MESYUARAT SECARA EFEKTIF

  • Faktor Kegagalan Mesyuarat
  • Peranan pengerusi, Setiausaha dan Ahli Mesyuarat
  • Pengurusan Masa dan Agenda Mesyuarat
  • Menangani Isu dan Konflik Semasa Mesyuarat

MODUL 6 : KONSEP DAN STRUKTUR MINIT MESYUARAT

  • Kepentingan Minit Mesyuarat
  • Elemen Penting Minit Mesyuarat
  • Format Rasmi Minit Mesyuarat
  • Teknik Merekod Keputusan

MODUL 7 : PRAKTIKAL SIMULASI MESYUARAT

  • Sesi Role-Play Mock Mesyuarat
  • Mencatat Perbincangan Mesyuarat

MODUL 8 : PRAKTIKAL MENULIS MINIT MESYUARAT

  • Daripada Catatan Kepada Minit Mesyuarat
  • Gaya penulisan dan Penggunaan Ayat
  • Merangka Deraf Minit Mesyuarat

MODUL 9 : SEMAKAN DAN KELULUSAN MINIT MESYUARAT

  • Pembentangan Deraf Minit
  • Proses Semakan Deraf Minit
  • Penambahbaikan Deraf Minit
  • Pembentangan Deraf Minit

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA PATUT HADIR?

Terbuka kepada semua

 

TRAINER

Ahmad Dan Setapa atau

Jumari Kosrin

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: March 4 @ 8:00 am
  • End: March 5 @ 5:00 pm

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com