Loading Events

« All Events

Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat

September 9 @ 8:00 am - September 10 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Dalam era pekerjaan yang semakin kompleks dan berdaya saing, pengurusan pejabat yang cekap adalah elemen penting dalam memastikan kelancaran operasi sesebuah organisasi. Fungsi pentadbiran yang baik bukan sahaja membantu dalam penyusunan tugas harian, tetapi juga meningkatkan produktiviti, komunikasi yang lebih efektif, serta memastikan pematuhan kepada prosedur dan dasar organisasi.

Kursus Pengurusan Dan Pentadbiran Pejabat ini direka khas untuk meningkatkan kecekapan peserta dalam bidang pengurusan pejabat dan perkeranian. Ia merangkumi pelbagai aspek penting seperti kemahiran komunikasi, pengurusan masa, teknologi pejabat, serta strategi untuk menangani cabaran dalam persekitaran kerja yang dinamik.

Peserta akan didedahkan kepada teknik pengurusan yang lebih sistematik dan moden, selari dengan perkembangan teknologi serta keperluan semasa dalam dunia pekerjaan.

 

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini, peserta akan dapat:

  • Memahami asas pengurusan pejabat yang efektif dan sistematik.
  • Menggunakan teknologi pejabat dengan lebih efisien untuk meningkatkan produktiviti.
  • Membangunkan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan.
  • Menyesuaikan diri dengan perubahan serta memperkasakan diri untuk menjadi pekerja yang proaktif.
  • Meningkatkan kemahiran mengurus masa dan menyusun keutamaan tugas dengan baik.
  • Menangani tekanan kerja dan cabaran di tempat kerja secara profesional.
  • Memahami asas keselamatan data dalam pengurusan pejabat.
  • Menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan kecekapan kerja.
  • Meningkatkan kemahiran kepimpinan dan bekerja dalam satu pasukan.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: ANJAKAN SIKAP POSITIF

  • Mengenalpasti Sikap Negatif dan Positif
  • Kepentingan Bersikap Positif di Tempat Kerja
  • Teknik Menerapkan Sikap Positif

MODUL 2: PEMERKASAAN DIRI UNTUK MENGUBAH (EMPOWERMENT)

  • Kepentingan pemerkasaan diri
  • Kaedah untuk memperkasakan diri
  • Mengenalpasti perkara yang boleh diubah sendiri
  • Mengaplikasikan Perubahan di Tempat Kerja

MODUL 3: KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN KOMUNIKASI

  • Teknik komunikasi efektif di tempat kerja
  • Kemahiran mendengar untuk meningkatkan keberkesanan kerja
  • Menggunakan gaya asertif di tempat kerja
  • Profiling personaliti

MODUL 4: MENANGANI KETUA YANG RUMIT

  • Memahami punca kesukaran dalam berurusan dengan ketua
  • Mengenalpasti keperluan ketua
  • Menyusun keutamaan kerja berdasarkan arahan ketua
  • Strategi mencapai keserasian dengan ketua

MODUL 5: PENGURUSAN MASA DAN PENYUSUNAN KEUTAMAAN KERJA

  • Prinsip pengurusan masa yang efektif
  • Teknik menyusun keutamaan tugas
  • Mengatasi gangguan & cabaran dalam tugasan harian

MODUL 6: PENGURUSAN MESYUARAT

  • Kepentingan pengurusan mesyuarat yang efektif
  • Perancangan dan penyediaan mesyuarat
  • Teknik pengendalian mesyuarat secara profesional
  • Penyediaan minit mesyuarat dan tindakan susulan

MODUL 7: MENANGANI TEKANAN DAN CABARAN KERJA

  • Punca-punca tekanan di tempat kerja
  • Teknik mengurus tekanan dengan efektif
    • “pattern of language”
    • “pattern of physiology”
    • Focus
  • Strategi menangani konflik di pejabat

MODUL 8: PENGGUNAAN AI DALAM PENGURUSAN PEJABAT

  • Pengenalan kepada ai dalam pengurusan pejabat
  • Automasi tugasan pejabat menggunakan ai
  • Penggunaan chatbots dan alat ai untuk komunikasi
  • Aktiviti: latihan interaktif dengan AI tools

MODUL 9:  KEPIMPINAN DAN KERJASAMA PASUKAN

  • Ciri-ciri kepimpinan yang berkesan
  • Cara bekerjasama dalam pasukan yang dinamik
  • Kepentingan kecerdasan emosi dalam kepimpinan

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

PESERTA KURSUS

Kumpulan Sokongan / Eksekutif

 

TRAINER

Mazibah Mohd Zin atau

Mazdurah Mohd Zin atau

Ismail Hashim

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: September 9 @ 8:00 am
  • End: September 10 @ 5:00 pm

Venue

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com