Loading Events

« All Events

Basic Occupational First Aid (BOFA)

August 19 @ 8:00 am - August 20 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Kursus Basic Occupational First Aid (BOFA) bertujuan untuk melatih peserta dalam memberikan pertolongan cemas asas di tempat kerja sebelum bantuan perubatan profesional tiba. Kursus ini memberi tumpuan kepada teknik pertolongan cemas, termasuk CPR, pengurusan kecederaan umum, dan langkah-langkah keselamatan di tempat kerja. Ia sesuai untuk pekerja dari pelbagai sektor yang ingin memperoleh kemahiran asas dalam mengendalikan situasi kecemasan.

 

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

  • Memahami prinsip-prinsip asas pertolongan
  • Mengenal pasti dan menangani situasi kecemasan di tempat
  • Melakukan CPR dan teknik pertolongan cemas untuk kecederaan seperti luka terbuka dan patah tulang.
  • Menggunakan peralatan pertolongan cemas dengan
  • Mengetahui langkah keselamatan diri dan orang lain semasa memberikan
  • Mengaplikasikan teknik-teknik pengurusan kecemasan dengan betul dan yakin.

 

HASIL  PEMBELAJARAN

  • Kemahiran Pertolongan Cemas Asas: Peserta akan menguasai kemahiran asas dalam memberikan pertolongan cemas termasuk CPR, rawatan kecederaan, dan penggunaan peralatan pertolongan cemas.
  • Keyakinan Menghadapi Kecemasan: Peserta akan mempunyai keyakinan untuk menangani situasi kecemasan di tempat kerja dan memberikan bantuan sebelum ketibaan bantuan profesional.

 

KANDUNGAN KURSUS

Pendaftaran dan Pengenalan Kursus

Pengenalan kepada objektif dan kandungan kursus, serta penerangan kepentingan pertolongan cemas di tempat kerja.

 

MODUL 1 : PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Penerangan mengenai prinsip asas seperti pemeriksaan ABC (Airway, Breathing, Circulation), serta tindakan pantas dalam situasi kecemasan.

MODUL 2 : SISTEM ANATOMI MANUSIA & KECEDERAAN LAZIM DI TEMPAT KERJA

Pembelajaran mengenai anatomi asas manusia serta kecederaan biasa seperti luka terbuka, patah tulang, dan luka bakar.

MODUL 3 : PRAKTIKAL

Latihan melakukan CPR mengikut prosedur yang betul, termasuk teknik untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

MODUL 4 : PRAKTIKAL : HEIMLICH MANEUVER

Teknik menangani kes tersedak menggunakan Heimlich Maneuver.

MODUL 5 : PENILAIAN TEORI HARI 1

Ujian teori untuk menilai pemahaman peserta mengenai konsep yang telah dipelajari pada hari pertama.

MODUL 6 : RAWATAN KECEDERAAN & LUKA TERBAKAR

Penerangan tentang cara menguruskan kecederaan seperti luka terbakar, luka besar, dan cara mengelakkan pendarahan lanjut.

MODUL 7 : PEMBALUTAN LUKA & SPLINTING

Latihan praktikal mengenai penggunaan pembalut luka dan alat splint untuk menyokong anggota badan yang cedera.

MODUL 8 : PENGURUSAN KECEMASAN & EVALUASI RISIKO

Peserta akan diajar untuk menilai risiko dalam situasi kecemasan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain.

MODUL 9 : SIMULASI KECEMASAN

Peserta akan mengambil bahagian dalam simulasi kecemasan untuk menguji kemahiran pertolongan cemas mereka dalam situasi sebenar.

MODUL 10 : PENILAIAN PRAKTIKAL HARI 2

Ujian praktikal untuk menilai kemampuan peserta dalam menggunakan teknik yang telah dipelajari sepanjang kursus.

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

TRAINER

Dr Ch.M Aidil Fahmi Shadan

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

Details

  • Start: August 19 @ 8:00 am
  • End: August 20 @ 5:00 pm

Venue

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com