Loading Events

« All Events

Pengurusan Pejabat dan Perkeranian

June 22 @ 8:00 am - June 23 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Kerani dan Pembantu Tadbir merupakan individu penting yang menjadi jentera yang melaksanakan segala arahan daripada pengurusan. Kumpulan kerani dan pembantu tadbir yang cemerlang merupakan petugas barisan hadapan yang mencorak rentak bagi sesebuah organisasi. Transformasi perlu dilakukan selaras dengan peredaran arus pemodenan dan kecanggihan teknologi bagi memenuhi keperluan di dalam profesion ini yang sering berubah supaya terus kekal relevan.

 

Desakan kerja masakini memerlukan anjakan yang besar kerana cara kerja masa lalu tidak dapat memastikan keberkesanan seorang kerani dan pembantu tadbir melaksanakan tugasan yang kian mencabar. Oleh itu, kursus ini telah dirumus untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang dapat memberi kesan mendalam dan luarbiasa kepada perkhidmatan yang diberi mereka dengan penekanan kepada unsur anjakan Sikap, Minda dan Kemahiran

 

OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

  • Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang kerani/pembantu tadbir yang profesional
  • Membentuk etika kerani / pembantu tadbir yang profesional
  • Meningkatkan kemahiran komunikasi dan hubungan kemanusiaan
  • Melaksanakan tugas dengan berkesan
  • Menggunakan aplikasi mudah alih Google Calendar untuk mengurus jadual dan tugasan

 

KANDUNGAN

MODUL 1: TANGGUNGJAWAB & CABARAN KERANI / PEMBANTU TADBIR

  • Visi Dan Objektif Perkhidmatan Awam
  • Peranan Dan Tanggungjawab Kerani / Pembantu Tadbir Dalam Oganisasi
  • Kepentingan Tugas Dan Kedudukan Di Dalam Organisasi
  • Kompetensi Kerani / Pembantu Tadbir Profesional Lagi Cemerlang
  • Masaalah Dan Cabaran Di Tempat Kerja
  • Activiti : Ceramah dan Perbincangan            

MODUL 2: ANJAKAN SIKAP POSITIF

  • Mengenalpasti Sikap Negatif Dan Positif
  • Pentingnya Bersikap Positif Di Tempat Kerja
  • Teknik Untuk Menerap  Sikap Positif
  • Activiti : Ceramah & Refleksi Minda

MODUL 3: PEMERKASAAN DIRI UNTUK MENGUBAH (EMPOWERMENT)

  • Perihal Pentingnya Pemerkasaan Diri
  • Kaedah Untuk Memperkasakan Diri
  • Mengenalpasti Perkara-Perkara Yang Boleh Diubah Sendiri
  • Mengaplikasikan Perubahan DiTempat Kerja
  • Activiti : Ceramah & Perbincangan

MODUL 4: KEMAHIRAN INTERPERSONAL DAN BERKOMUNIKASI

  • Cara Menerima Dan Menyampaikan Maklumat Secara Berkesan
  • Menggunakan Kemahiran Mendengar Aktif Untuk Menambah Keberkesanan Kerja
  • Menggunakan Gaya Asertif Di Tempat Kerja
  • Activiti : Ceramah & Role Play

MODUL 5: KETRAMPILAN DIRI

  • Pentingnya Untuk Ketrampilan Diri
  • Ketrampilan Diri Sebagai Cermin Diri, Ketua Dan Organisasi
  • Panduan Ketrampilan Waktu Kerja Dan Majlis
  • Perbezaan Ketrampilan Rasmi Dan Santai
  • Memahami Pejabat Sebagai Zon Ketrampilan Rasmi
  • Activiti : Ceramah & Perbincangan

MODUL 6 :MENANGANI KETUA YANG RUMIT

  • Memahami Sebab Kenapa Rumit Berurusan Dengan Ketua
  • Mendalami Keperluan Ketua
  • Mencatat Keutamaan Ketua Untuk Sesuatu Kerja
  • Mencapai Keserasian Dengan Ketua
  • Activiti : Ceramah & Role-Play

MODUL 7: MENJALANKAN TUGAS DENGAN AUTONOMI

  • Mengenalpasti Bidang Kuasa Autonomi
  • Memberanikan Diri Untuk Bertindak
  • Membuat Saringan Sebelum Membawa Isu Ke Perhatian Ketua
  • Activiti :Ceramah & Pembentangan Kumpulan

MODUL 8: MENJADUALKAN TUGAS MENGGUNAKAN GOOGLE CALENDAR

  • Pengenalan Kepada Tetapan Dan Fungsi-Fungsi Google Calendar
  • Latihan Menjadualkan Mesyuarat, Tempoh Akhir, Acara Dan Tarikh Penting
  • Activiti : Ceramah & Latihan Individu

 

METODOLOGI KURSUS

Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Terbuka kepada semua kakitangan perkeranian, pembantu tadbir dan lain-lain kakitangan sokongan dalam sesebuah organisasi.

TRAINER

Azmi Shahrin

Mazibah Mohd Zin

Mazdurah Mohd Zin

 

FEES ( TANPA PENGINAPAN)

Seorang RM1,100.00 per pax

Early Bird RM1,000.00 per pax

(20 hari sebelum kursus)

2 pax RM 1,050.00 per pax

3 pax > RM1,000.00 per pax

(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )

 

Details

  • Start: June 22 @ 8:00 am
  • End: June 23 @ 5:00 pm

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com