PENGENALAN
Pengurusan sumber manusia adalah sesuatu yang penting dan perlu di lakukan dengan baik, sempurna dan beretika oleh mana-mana organisasi tidak kira organisasi itu kecil ataupun besar. Pekerja atau sumber manusia adalah aset utama sesebuah organisasi, justeru itu ianya hendaklah di jaga, di bangun, di selia dan di ujudkan peluang kerjaya untuk mengekalkan mereka agar organisasi akan membangun dan berkembang selaras dengan visi, misi dan objektif organisasi. Persaingan sengit di era globalisasi, kecanggihan teknologi dan peningkatan kehendak manusia yang menjangkaui kemampuan organisasi untuk memenuhinya, ini menjadikan lebih pentingnya pengurusan sumber manusia kepada setiap organisasi. Kursus dua hari ini akan mengupas secara tentang pengurusan sumber manusia yang terkini.
OBJEKTIF
- Mengetahui persekitaran, erti dan konsep pengurusan sumber manusia.
- Melaksanakan perancangan sumber manusia, pengambilan pekerja dan perancangan kerjaya pekerja.
- Membangunkan program latihan dan pembangunan pekerja yang sistematik, bersepadu dan berkesan.
- Memahami asas-asa utama di dalam Pengurusan gaji.
- Mengujudkan sistem penilaian prestasi yang sesuai dan melaksanakannya untuk tujuan produktiviti yang tinggi.
- Mengadakan pengurusan pampasan dan ganjaran pekerja yang kompetitif yang mengimbangi antara kemampuan organisasi dan norma-norma pasaran.
- Mengendalikan tindakan disiplin terhadap pekerja dengan berkesan.
- Menghasilkan suasana kerja yang kondusif dan perhubungan perusahaan yang harmoni.
- Menjaga dengan lebih baik kesihatan, keselamatan dan kebajikan pekerja bagi mencerminkan organisasi yang prihatin terhadap kepentingan pekerja.
KANDUNGAN KURSUS
MODUL 1 : PERSEKITARAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
- Konsep pengurusan sumber manusia
- Ciri-ciri pengurusan sumber manusia
- Faktor –faktor yang mempengaruhi pengurusan sumber manusia.
- Cabaran yang di hadapi di dalam pengurusan sumber manusia.
MODUL 2 : PERANCANGAN SUMBER MANUSIA
- Pengenalan perancangan sumber manusia
- Langkah-langkah dalam perancangan sumber manusia
- Elemen-elemen dalam perancangan
- Perekrutan dan pemilihan pekerja
- Analisis kerja, deskripsi kerja dan spesifikasi kerja
- Temuduga & Tawaran kerja
MODUL 3 : LATIHAN DAN PEMBANGUNAN PEKERJA
- Analisis keperluan latihan
- Kepentingan latihan
- Jenis-jenis latihan
- Program latihan orientasi
- Strategi program pembangunan latihan
- Mengurus Pembangunan kerjaya pekerja
MODUL 4 : PENILAIAN PRESTASI
- Definasi dan tujuan
- Aspek-aspek yang perlu di nilai
- Kaedah penilaian prestasi
- Temuduga penilaian prestasi
- Peningkatan keberkesanan penilaian prestasi.
MODUL 5 : PENGURUSAN GAJI
- Definisi
- Syarat-syarat pembayaran gaji
- Pendahuluan Gaji
- Potongan gaji
- Kerja lebih masa
MODUL 6 : PENGURUSAN PAMPASAN DAN FAEDAH
- Faktor-faktor yang perlu di ambil kira di dalam penentuan pampasan
- Kepentingan pampasan
- Sistem ganjaran, ganjaran kewangan, ganjaran bukan kewangan
- Sistem faedah fleksi.
MODUL 7 : DISIPLIN PEKERJA
- Erti disiplin
- Hak Majikan didalam disiplin
- Tatacara Keharmonian Perusahaan
- Salahlaku keci dan salahlaku besar
- Prosedur disiplin
MODUL 8 : PERHUBUNGAN INDUSTRI
- Kesatuan sekerja
- Kilanan / rungutan pekerja
- Undang-undang perhubungan perusahaan
- Perundingan dan perjanjian bersama
- Tindakan perusahaan
METODOLOGI KURSUS
Kaedah pembelajaran menggunakan konsep “Experiential Learning” iaitu satu kaedah pembelajaran bagi orang dewasa. Efektif dan terkini yang menggabungkan teknik syarahan, simulasi , latihan berkumpulan, diskusi, gerak kerja, lakon peranan dan persembahan kumpulan.
SIAPA PATUT HADIR?
Pegawai dan kakitangan Bahagian Pentadbiran / Sumber Manusia dan sesiapa sahaja yang berminat
TRAINER
Fauzi Nordin atau
Haniza Abdul Hamid
FEES ( TANPA PENGINAPAN)
Seorang RM1,100.00 per pax
Early Bird RM1,000.00 per pax
(20 hari sebelum kursus)
2 pax RM 1,050.00 per pax
3 pax > RM1,000.00 per pax
(Fees ini adalah termasuk 2 x minum pagi, makan tengahari , minum petang , nota dan juga sijil kehadiran untuk peserta kursus )