PENGENALAN
Pengurusan Stor adalah aktiviti “menerima barang-barang atau bahan-bahan, memelihara keselamatannya semasa didalam simpanan – supaya tidak mengalami kerosakan dan tidak diambil tanpa kebenaran, mengeluarkannya dalam kuantiti yang betul, pada masa yang betul dan kepada tempat yang betul dan memberikan perkhidmatan ini dengan kadar cepat dan kos yang minimum.”
Sebuah stor adalah tempat di mana barang-barang atau bahan-bahan berlebihan disimpan yang akan digunakan pada masa yang ia diperlukan. Kehilangan item-item, kerosakan dan pelupusan adalah sebahagian daripada keadaan yang lumrah berlaku.
Didalam rantaian pelanggan dalaman dan pembekal, stor mempunya beberapa pelanggan dalaman. Malah semua fungsi pengurusan adalah merupakan pelanggan kepada stor. Pelanggan mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari segi kualiti, kos dan penghantaran dan menjadi tanggungjawab pengurusan stor untuk memastikannya.
Modul Tatacara Pengurusan Aset Alih dan Pengurusan Stor Kerajaan ini telah disusun untuk memberi pendedahan kepada para peserta kepada aspek-aspek utama pengurusan stor yang efektif dan efisyen berdasarkan prinsip-prinsip dan garis panduan serta amalan baik dan berpandukan Tatatacara Pengurusan Stor Kerajaan seperti yang terkandung di dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia AM 6.1
 
OBJEKTIF PROGRAM
- Menjelaskan tatacara pengurusan aset alih kerajaan berpandukan Pekeliling Perbendaharan Bil 5 2007;
- Mengendalikan proses-proses penerimaan, pendaftaran, penggunaan, penyimpanan, pemeriksaan, penyelenggaraan, pelupusan dan hapus kira;
- Memberi garis panduan supaya kakitangan pengurusan stor dapat merancang mengendalikan stor dan inventori secara berkesan;
- Mengajar kaedah mengawal stor cara 5S;
- Mengelak kehabisan stok yang mengakibatkan kelewatan dalam pengantaran kepada pelanggan;
- Merekod inventori dengan tepat dan menggunakan sistem rak yang berkesan;
- Menggunakan kaedah kawalan stok yang cekap;
- Memastikan keselamatan inventori dan kakitangan di dalam stor
 
KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 : TATACARA PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN
SIRI 1 : PENDAHULUAN
- Pekeliling Perbendaharaan Bil 5 Tahun 2007
- Peranan dan tanggungjawab Pegawai Pengawal
- Tugas dan tanggungjawab Unit Pengurusan Aset
- Definisi Aset
- Definisi Aset Alih
- Harta Modal
- Inventori
                PENERIMAAN
- Pegawai penerima / Pegawai bertauliah / Objektif penerimaan
- Peraturan penerimaan
 
SIRI 2 : PENDAFTARAN
- Objektif pendaftaran
- Tempoh mendaftar
- Pendaftaran aset hadiah
- Pendaftaran aset lucut hak
- Punca maklumat
- Dokumen pendaftaran
- Butiran maklumat
                PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN
- Objektif penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan
 
SIRI 3 : PENYELENGGARAAN
- Objektif penyelenggaraan
- Panduan penyelenggaraan
             PELUPUSAN
- Definisi pelupusan
- Objektif pelupusan
- Justifikasi pelupusan
- Kuasa melulus
- Urusetia pelupusan
- Lembaga Pemeriksa
- Kaedah pelupusan
           KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA
- Tafsiran kehilangan
- Tafsiran hapus kira
- Kuasa melulus
- Urusetia kehilangan dan hapus kira
- Proses hapus kira
 
BAHAGIAN 2 : PENGURUSAN STOR
SIRI 1 : PENDAHULUAN
- Definisi Stor dan Stok
- Kategori stor kerajaan
- Tujuan diwujudkan kategori stor
- Asas Pengurusan Stor
- Fungsi-fungsi sebuah stor
- Organisasi stor
- Pengurusan stor
             PENERIMAAN
- Pegawai penerima / Pegawai bertauliah / Objektif penerimaan
- Penerimaan daripada pembekal
- Penerimaan daripada Stor Pusat / Stor Utama
             MEREKOD STOK
- Kad kawalan stok dan kad petak
 
SIRI 2 : PENYIMPANAN
- Susun atur
- Lokasi
- Penyimpan stok
- Jenis stok
- Tindakan penyimpan
              PENGELUARAN
- Sistem Masuk Dahulu Keluar Dahulu (FIFO)
- Borang-borang yang perlu di gunakan
- Barang guna habis
- Barang guna habis (gunasama)
- Jualan sisa stok / barang terpakai
              PEMERIKSAAN
- Jenis-jenis pemeriksaan
- Verifikasi stok
- Tindakan Ketua Jabatan
- Pelarasan stok
 
SIRI 3 : KESELAMATAN & KEBERSIHAN
- Tujuan
- Suasana stor yang kondusif
- Patuhi arahan keselamatan
- Pelabelan yang jelas dan mudah di fahami
              BUDAYA 5‘S PENGURUSAN VISUAL
- Apa dia Pengurusan Visual?
- Empat prinsip teras 5‘S
- Objektif 5‘S
- Alat-alat 5‘S
             PELUPUSAN
- Stok bernilai rendah
- Syarat-syarat dan prosedur yang perlu di patuhi
            KEHILANGAN DAN HAPUSKIRA
- Syarat-syarat dan prosedur yasng perlu di patuhi
    
SIAPA YANG PATUT HADIR?
Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh kerani / eksekutif stor, pegawai pengawal, pegawai Bahagian Pentadbiran , pegawai Bahagian Perolehan dan sesiapa juga yang berminat.
 
FEES
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
 
PENCERAMAH (TRAINER)
Ismail Hashim
Jumari Kosrin