Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pembentukan Imej profesional Dalam Penampilan Dan Etiket: Etika Kerja Dan Imej Korporat

August 21, 2023 @ 8:00 am - August 22, 2023 @ 5:00 pm

PENGENALAN

Penampilan warga kerja secara profesional ketika bertugas di dalam atau luar pejabat tidak dinafikan akan memberikan persepsi positif pelanggan terhadap tahap penyampaian perkhidmatan organisasi.. Oleh yang demikian, keperluan mewujudkan budaya profesional termasuklah imej penampilan diri warga kerja amat penting untuk mencerminkan kredibiliti organisasi.

Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan dengan etiket dan imej profesional.  Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi dengan personaliti yang profesional.

Program ini akan mendedahkan peserta kepada pengetahuan mengenai ketertiban berpakaian dengan merujuk kepada ketetapan dan garis panduan etika berpakaian yang sedang berkuatkuasa.  Program ini juga memberi penekanan terhadap keterampilan diri dan kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal.

 

OBJEKTIF

Kursus ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:

  1. menggariskan elemen keterampilan/imej dalam membentuk personaliti yang profesional
  2. meningkatkan pengetahuan dalam ketertiban berpakaian dan penampilan dalam situasi bekerja dan di luar pejabat serta semasa hadir dalam majlis-majlis formal dan tidak formal
  3. menggaris adab bersosial dan etika bekerja dalam Etiket Sosial dan Etiket Bisnes

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: IMEJ DAN KETERAMPILAN DIRI

  • Imej dan Keterampilan Diri
  • Bagaimanakah anda dilihat dan bagaimanakah anda mahu dilihat?
  • Jenayah Imej
  • Kebersihan dan Kekemasan Diri

MODUL 2: MENGENALI GAYA PERSONALITI YANG MEMPENGARUHI PENAMPILAN

  • Mengenali Gaya Personaliti yang mempengaruhi penampilan
  • Menganalisa gaya personaliti diri
  • Meningkatkan gaya personaliti diri dan bagaimana mengadaptasi gaya profesional dalam gaya personaliti diri.

MODUL 3: PENGARUH WARNA DALAM PENAMPILAN

  • Kualiti warna dan pengaruhnya dalam penampilan.
  • Memilih gabungan warna yang tepat mengikut majlis, tempat dan masa.
  • Mengenali ton kulit dan warna yang sesuai digayakan
  • Memahami mesej yang disampaikan oleh empat kualiti warna dan pengaruhnya terhadap psikologi dan emosi manusia

MODUL 4: DRESS SENSE FOR PROFESSIONALS

  • Pemakaian Profesional Penjawat Awam
  • Occasion vs Style (TOP+P):
  • Dress to Impress (Ladies)
  • Man’s Guide to Professional Image
  • Aksesori Pelengkap Gaya

MODUL 5: EXECUTIVE DINING SKILLS: ETIKET MAKAN BERADAB:Teori

  • Etiket Makan Beradab
  • Peragaan Meja dan Kegunaan Kutleri Peralatan Makan
  • Menu Jamuan
  • Mengenali Peralatan
  • Penggunaan Peralatan
  • Tata Cara Makan & Dos and Don’ts

MODUL 6: ETIKET SOSIAL DAN BISNES

  • Definisi dan Kepentingan Etiket Bisnes & Sosial
  • Elemen Utama Etiket Bisnes & Sosial
    • Tips Perkenalan dan Perbualan Sosial
    • Berjabat Tangan
    • Pengendalian Kad Busines
    • Gaya Diri dan Bahasa Tubuh
    • Personal Space
  • Etiket Khidmat Layan Telefon
  • Etiket di Tempat Kerja

MODUL 7: KOMUNIKASI PROFESSIONAL

  • Impak Komunikasi
  • Ciri-ciri Komunikasi Pelanggan yang baik
  • Komunikasi Profesional ketika Berurusan dengan Pelanggan
  • The Dirty Dozen

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Noraini Mohd Hanafiah

Rina Baha

Details

Start:
August 21, 2023 @ 8:00 am
End:
August 22, 2023 @ 5:00 pm

Organizer

Brainwork Resources
Phone
019-4910118
Email
brainwork.resources@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder