Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Implikasi Undang-Undang Buruh Secara Berkesan Di Tempat Kerja

September 26, 2023 - September 27, 2023

PENGENALAN

Kursus ini di adakan khusus untuk memberi , penerangan, penekanan, pendedahan dan pemakaian mengenai perkara-perkara penting di dalam Undang-undang Buruh di Malaysia. Ianya merupakan asas utama di dalam hubungan antara pekerja dan majikan.

Setiap Penyelia, Eksekutif dan Pengurus  bukan sahaja perlu tahu Undang-undang Buruh tetapi juga perlu mahir akan implementasi Undang-undang tersebut. Dengan kemahiran yang di miliki, ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kecekapan mereka di dalam pengurusan pekerja. Selain dari itu Kod Amalan juga di ketengahkan di dalam program ini bagi memudahkan pengurusan pekerja selaras dengan kehendak-kehendak pihak berkuasa. Dengan itu produktiviti akan dapat di tingkatkan dan dapat mengujudkan suasana kerja yang lebih harmoni. Pada masa yang sama, para peserta akan di dedahkan dengan tatacara dan prosedur Mahkamah Tenaga Kerja dan Mahkamah Perusahaan.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah menghadiri kursus ini, peserta akan:

  1. Mengetahui sejarah undang-undang buruh di Malaysia.
  2. Memahami peruntukan-peruntukan penting di dalam kontrak perkhidmatan.
  3. Menyedari dan dapat mengambil tindakan jika terdapat pemecahan kontrak.
  4. Mengetahui peruntukan-peruntukkan utama di dalam Syarat-syarat perkhidmatan untuk pekerja
  5. Mengetahui sepintas lalu tentang kesatuan sekerja, perundingan dan perjanjian bersama serta bentuk bentuk tindakan perusahaan
  6. Menghalusi bagaimana  kehormonian  perusahaan boleh di capai di dalam organisasi.
  7. Mengetahui tatacara dan prosedur hadir di Mahkamah Buruh dan Mahkamah Perusahaan.
  8. Maklumat-maklumat terkini seperti gaji minima, umur bersara dan pekerja sementara.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1 : PENGENALAN

  • Latarbelakang sejarah
  • Definisi dan intepretasi
  • Siapa “pekerja”
  • Jadual Pertama
  • Skop Akta Kerja 1955.

MODUL 2 : KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Definisi
  • Terma Kontrak perkhidmatan
  • Kontrak Untuk Perkhidmatan
  • Bagaimana Menentukan Kontrak Perkhidmatan

MODUL 3 : PENAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN

  • Persaraan
  • Salahlaku
  • Retrenchment
  • Prestasi Kerja Yang Tidak Memuaskan
  • Kontrak tempoh tetap
  • Salahlaku Jenayah
  • Kekecewaan Dalam Kontrak
  • Penamatan Mengikut Notis
  • Pembuangan Kerja Secara Konstruktif

MODUL 4 : PERUNTUKAN-PERUNTUKAN  KHAS

  • Tidak hadir bertugas –Seksyen 15
  • Siasatan Dalaman / salahlaku –Seksyen 14
  • Pemecahan Kontrak –seksyen 13

MODUL 5 : HUBUNGAN MAJIKAN DENGAN PEKERJA

  • Tanggungjawab majikan
  • Tanggungjawab Ketua / Penyelia
  • Dasar Pekerjaan
  • Aduan dan Rungutan
  • Majlis Perundingan Bersama
  • Obligasi pekerja
  • Representasi Pembuangan Kerja

MODUL 6 : MAJIKAN DAN KESATUAN SEKERJA

  • Hak Majikan dan Hak Kesatuan Sekerja
  • Penubuhan Kesatuan Sekerja
  • Pengiktirafan Kesatuan Sekerja
  • Perundingan dan Perjanjian Bersama
  • Pertikaian Perusahaan

MODUL 7 : MAHKAMAH TENAGA KERJA (MAHKAMAH BURUH)

  • Fungsi dan peranan Jabatan Tenaga Kerja
  • Bidangkuasa Ketua Pengarah
  • Prosedur Di Mahkamah Buruh

MODUL 8 : MAHKAMAH PERUSAHAAN

  • Komponen Mahkamah
  • Prosiding Mahkamah
  • Bidangkuasa Mahkamah
  • Prosedur di Mahkamah Perusahaan.

MODUL 9 : ISU-ISU TERKINI

  • Had Umur Bersara
  • Gaji Minima

SIAPA YANG PATUT HADIR?

Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Ketua-ketua Syarikat, Pengurus Besar, Pengurus, Eksekutif, Ketua-ketua jabatan yang terlibat dalam mengurus pekerja dan juga semua kakitangan di Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran.

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Fauzi Nordin  atau

Puan Haniza Abdul Hamid

Details

Start:
September 26, 2023
End:
September 27, 2023

Organizer

Brainwork Resources
Phone
019-4910118
Email
brainwork.resources@gmail.com
View Organizer Website

Venue

Kuala Lumpur/Selangor
Malaysia + Google Map

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com

Works with AZEXO page builder