Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kemahiran Penyeliaan Yang Berkesan Untuk Peningkatan Produktiviti

July 3, 2023 - July 4, 2023

PENGENALAN

Penyelia-penyelia adalah ketua di barisan hadapan yang berfungsi mengerakkan tenaga kerja bekerja bagi mencapai matlamat organisasi melalui penghasilan produktiviti yang tinggi dengan kos yang minima di dalam tempoh masa yang singkat. Para pekerja bawahan melihat penyelia sebagai memberi dorongan untuk mereka bekerja dan para pengurus pula melihat penyelia sebagai penggerak  kepada penghasilan kerja yang tinggi. Oleh itu tugas-tugas dan tanggungjawab penyelia semakin mencabar dan kompleks di dalam mana-mana organisasi. Hanya penyelia yang terlatih yang dapat memikul cabaran-cabaran ini.

 

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir Kursus 2 hari ini, para peserta akan dapat:

  1. Mengetahui tugas-tugas dan tanggungjawab-tanggungjawab sebagai penyelia.
  2. Mengetahui isu-isu di dalam kepimpinan dan memilih gaya kepimpinan yang berkesan.
  3. Merangka pelan tindakan di dalam menangani isu-isu utama di dalam mengurus pekerja.
  4. Menyenaraikan cara-cara komunikasi yang berkesan dan mengaplikasikannya.
  5. Mengurus pekerja-pekerja dengan berkesan dan dapat melaksanakan program peningkatan produktiviti.
  6. Mengetahui teknik-teknik terbaik di dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  7. Mengaplikasikan teknik-teknik membina pasukan di dalam kumpulan.

 

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1 : SIAPA PENYELIA

  • Pengenalan
  • Penyelia dan Pengurusan
  • 8P dalam Penyeliaan
  • Sumber-sumber 8P
  • Lingkaran Tugas Penyelia
  • Tugas dan Tanggungjawab Penyelia
  • Cabaran-cabaran Penyelia

MODUL 2 : KEPIMPINAN

  • Pengenalan
  • Gaya Kepimpinan
    • Antokratik
    • Demokratik
    • Laissez – Faire
    • Situasi
  • Teknik-teknik meningkatkan kepimpinan penyeliaan
  • Kesilapan-kesilapan Dalam Kepimpinan

MODUL 3: ISU-ISU UTAMA DI DALAM MENGURUS PEKERJA

  • Ketidakhadiran
  • Cuti Sakit
  • Cuti kecemasan
  • Hialang dari tugas
  • Prestasi yang tidak memuaskan
  • Merangka pelan dalam mengurus masalah pekerja

MODUL 4: KOMUNIKASI

  • Tujuan
  • Kenapa komunikasi gagal
  • Sistem atau cara komunikasi
  • Cara komunikasi oleh seorang penyelia

MODUL 5 : BAGAIMANA MEMAHIRKAN PEKERJA

  • Teknik directing
  • Teknik coaching
  • Teknik kaunseling

MODUL 6 : MOTIVASI DAN PENINGKATAN PRODUKTIVITI

  • Definisi
  • Kenapa pekerja tidak bermotivasi
  • Teori motivasi
  • Perancangan
    • Cara-cara berkesan
    • Perancangan gagal dan tidak berkesan
    • Teknik-teknik perancangan
  • Kawalan-kawalan matlamat

MODUL 7 : MENYELESAIKAN MASALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN

  • Apa itu masalah
  • Proses menyelesaikan masalah
  • Iktiraf masalah
  • Mencari maklumat
  • Teknik-teknik menyelesaikan masalah

MODUL 8 : KERJA BERPASUKAN

  • Kriteria-kriteria kerja berpasukan
  • Peranan pekerja dalam pembentukkan pasukan
  • Aktiviti-aktiviti pembentukkan pasukan

 

SIAPA YANG PATUT HADIR

Pengurus, Ketua Jabatan, Penolong Pengurus, Eksekutif Kanan, Eksekutif / Penyelia, Ketua Unit dan lain-lain.

 

FEES

INDIVIDU RM1,000.00 seorang

EARLY BIRD RM800.00 seorang

(14 hari sebelum kursus)

BERDUA RM900.00 seorang

BERTIGA > RM850.00 seorang

(Fees – tanpa penginapan)

 

PENCERAMAH (TRAINER)

Fauzi Nordin atau

Mae Hashim

Details

  • Start: July 3, 2023
  • End: July 4, 2023

Organizer

Venue

Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com