 
Pengetahuan dan kebolehan menulis adalah satu kemahiran yang sangat penting bagi kakitangan yang diberikan tugas sedemikian di dalam sesebuah organisasi terutama bila berurusan dengan pihak kerajaan. Kemahiran ini mampu menghasilkan penulisan yang berkualiti dan mencapai objektif yang ditetapkan serta melambangkan tahap profesionalisma mereka. Terdapat banyak bentuk penulisan yang kerap diperlukan di dalam sesebuah organisasi seperti penulisan surat rasmi, memo, e-mel, laporan, kertas kerja dan minit mesyuarat. Kesemua jenis penulisan ini mempunyai format dan teknik tertentu dan tatabahasa yang betul untuk dihasilkan. Semua kakitangan yang terlibat di dalam tugasan penulisan sangat penting untuk mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang betul bagi memudahkan tugas dan memberi imej yang baik kepada organisasi di mana mereka bekerja.
Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam menulis surat rasmi, memo, e-mel dan minit mesyuarat yang sistematik dan berkualiti. Dengan demikian para peserta akan dapat melaksanakan tugas sebagai penulis dengan lebih berkesan dan berkeyakinan.
Kursus ini memberi tumpuan di dalam latihan amali bagi memastikan para peserta dapat mengaplikasi ilmu yang dipelajari dan dapat menggunakan teknik-teknik yang betul di dalam membuat penulisan surat rasmi, memo, e-mel, kertas kerja, laporan dan minit mesyuarat. Peserta digalakkan untuk membawa laptop untuk memudahkan pembelajaran
Kursus ini sesuai untuk dihadiri oleh Eksekutif, Setiausaha, Pentadbir, Penolong Pentadbir, Pembantu Peribadi, Ketua Kerani yang sering terlibat di dalam penulisan dokumen-dokumen rasmi atau sesiapa sahaja yang berminat..
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
Jumari Kosrin
Ahmad Dan Setafa
Untuk pendaftaran, sila isi borang seperti di pautan dan hantarkan terus kepada brainwork.resources@gmail.com