PENGENALAN
Tanggungjawab utama seorang penyelia adalah untuk memastikan bahawa peruntukan kewangan , sumber tenaga manusia dan bahan yang disediakan dapat dikendalikan dengan berkesan supaya mencapai matlamat organisasi.
Program Pembangunan Kepimpinan Dan Penyeliaan ini direkabentuk untuk mempertingkatkan kecekapan penyelia bagi mencapai satu tahap yang membolehkan mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh yakin dan berjaya.
Kursus ini menumpukan kepada pemahaman kepada konsep dan peranan penyelia dalam organisasi, memahami asas dan aspek penyeliaan, mengetahui pelbagai teknik dan kemahiran bagi melaksanakan tugas penyelia dengan berkesan dan menghayati peranan penyelia sebagai kaunselor dalam pembangunan sumber tenaga manusia.
Walaupun teori dan prinsip yang pelbagai adalah penting, kursus ini tidak sahaja menumpukan perhatian yang mendalam kepada aspek pengurusan semata-mata. Sebaliknya program ini menitikberatkan aspek-aspek praktikal fungsi penyeliaan dan relevan dengan bidang penyelia.
OBJEKTIF PROGRAM
Diakhir program ini peserta kursus akan dapat :
- Menimba kemahiran dan pengalaman pengurusan penyeliaan dan memahami kaedah perlaksanaan tugas kerja
- Menanamkan nilai-nilai dan ciri-ciri dinamik penyeliaan dalam diri peserta bagi pengalaman ditempat kerja.
- Membolehkan peserta menjadi seorang penyelia berwibawa dan berketrampilan diri dalam menyahut cabaran kerja.
- Melengkapkan peserta dengan kemahiran kemanusiaan, kemahiran diri dan pengkhususan kerja dengan lebih terperinci.
KANDUNGAN PROGRAM
MODUL 1 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
- Peranan dan tanggungjawab di dalam organisasi
- Kemahiran seorang penyelia berwibawa
- Elemen-elemen pengurusan
- Perancangan
- Pengorganisasian
- Pengarahan
- Pengawalan
MODUL 2 : PEMIMPIN DAN GAYA KEPIMPINAN
- Pemimpin dan Pengikut – Analisa diri
- Definisi Pemimpin dan Kepimpinan
- Gaya kepimpinan kearah keberkesanan
- Ciri-ciri kepimpinan berkesan
- Faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan
MODUL 3 : PERHUBUNGAN KEMANUSIAAN DAN KOMUNIKASI
- Kepentingan perhubungan kemanusiaan di tempat kerja
- Membentuk hubungan kemanusiaan bagi mengekalkan keharmonian dan motivasi anggota kerja.
- Halangan bagi keberkesanan komunikasi
- Kemahiran mendengar dan memberi maklumbalas
- Komunikasi kunci perhubungan kemanusiaan
MODUL 4 : DELEGASI DAN PENGAGIHAN KERJA
- Kemahiran delegasi – Analisa diri
- Definisi delegasi
- Faedah delegasi
- Halangan kepada delegasi
- Kemahiran didalam proses delegasi yang berjaya
MODUL 5 : PENYELESAIAN MASAALAH DAN MEMBUAT KEPUTUSAN
- Definisi masalah
- Mengenal ‘symptom’ atau tanda-tanda masalah
- Perubahan sebagai punca masalah
- Proses Penyelesaian Masalah dan membuat keputusan
- Menilai situasi semasa
- Membandingan keadaan semasa dan perancangan
- Membentuk alternatif dan penilaian alternatif
- Pemilihan alternatif
MODUL 6 : MENGENDALIKAN PEKERJA BERMASALAH
- Akta perkerjaan dan tatacara disiplin
- Mengenalpasti salahlaku kecil dan besar
- Tindakan pembetulan melalui kaunseling dan coaching
- Tatacara dan proses kaunseling
- Strategi didalam mengendalikan konflik
SIAPA YANG PATUT HADIR
Terbuka kepada semua setiausaha, pegawai peribadi, pegawai tadbir dan juga kepada sesiapa sahaja yang berminat .
FEES
INDIVIDU RM1,000.00 seorang
EARLY BIRD RM800.00 seorang
(14 hari sebelum kursus)
BERDUA RM900.00 seorang
BERTIGA > RM850.00 seorang
(Fees – tanpa penginapan)
PENCERAMAH (TRAINER)
Mazdurah Mohd Zin
Fauzi Nordin